Tuesday, March 9, 2010

Score A Program (S.A.P)

Semua orang ingin jadikan anak mereka pandai. Jika ada salah seorang daripadanya, sila hubungi saya dan langganilah Program Score A.



SAP adalah satu program latih-tubi online interaktif untuk semua pelajar dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dengan menggunakan web. Untuk lihat portal itu lawati www.scorea.com & untuk DEMO online sila klik ruangan DEMO itu dan masukkan ID: 82828
.
Untuk pembelian online, boleh klik SINI atau terus hubungi saya email tajudinms@gmail.com . Oleh kerana SAP boleh menjadi punca pendapatan utama, saya ingin juga email attachment & berkongsi pelan bisnis SAP (Biz Plan) bersama anda langkah-langkah yang perlu untuk terlibat. Kemudian anda boleh dipanjangkan untuk sahabat, saudara, orang di sekeliling anda dan membolehkan kita bergerak menjadi satu kumpulan yang kukuh dalam bisnis SAP ini.

Monday, March 8, 2010

Takziah & Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk Arwah Haji Hassan Basri yang meninggal pagi tadi kerana komplikasi dalam perut setelah menderita sakit lebih kurang dua bulan. Ketika beliau sihat sedikit sebulan lalu, saya & beberapa orang lagi ada melawatnya. Dia sedih menangis kerana kami melawatnya dan berkongsi betapa sakitnya perut beliau ketika itu seperti usus itu bersimpul dan ditarik-tarik.
Arwah semasa hidupnya rajin ke masjid dan sering bertafakur/membaca Al-Quran selepas solat fardhu. Semoga Allah merahmati roh Arwah dan tempatkan dalam golongan yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

Wednesday, March 3, 2010

Lagu Merang-Merang --- (sajak)

Lagu Merang-Merang

Lampu dipasang
Suasana kembali terang
Semua hadirin girang
Yang tadi senyap dah mulai bagai nak berperang
Semua senyum walau tadinya nampak garang
Masing-masing tersengih walaupun giginya jarang

Yang ditengah telah dijulang
Tinggi bagai sang helang
Yang lain ikut mengulang
Lagu pun mulai dipasang
Maka muda-mudi pun mulai dirangsang
Menari terkinja dan terkangkang
Tak kurang yang terlentang
Sama sahaja depan dan belakang
Nampak sotong dan nampak kerang
Semua lalok dah tak hirau orang
Parang kontot dan parang panjang
Hanyut hanyir tiada yang kurang
Serang menyerang

Malunya ingin menjadi orang
Kalau hidup bagaikan tiada jurang
Antara haiwan itu dan haiwan ini serta seekor beruang
Kerana mementingkan nafsu dan wang
Terumbang
Karam

-tajmosa-