Saturday, January 10, 2009

Baby Boy & (...how sad to be sacked)

Nora Danish dapat bayi lelaki
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, pelakon berusia 26 tahun itu telah ditahan di hospital itu sejak malam kelmarin.
Nama pelakon ini cukup hangat menjadi bualan ramai berikutan perceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, pada Ogos lalu.
Mahkamah Rendah Syariah memutuskan kes lafaz cerai bekas suaminya pada Februari dan Jun tahun lalu sah yang mana ketika itu Nora sedang mengandung empat bulan.
Pasangan itu bercerai dengan talak dua.
Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

---

Indian airline sacks overweight stewardesses
India’s state-run carrier Air India has dismissed 10 women flight attendants who were grounded last year for being overweight, a report said on Monday.The sackings came after the cabin crew were warned about meeting minimum physical fitness standards and given sufficient time to lose weight, the Press Trust of India news agency reported, quoting airline sources.The flight attendants were also offered alternative ground assignments which they refused, the report said.

Details click subject

Friday, January 9, 2009

MARKISA

MARKISA - macam nama awek kan...?
.
Pernah tengok/makan pokok/buah MARKISA? Pokoknya menjalar macam pokok anggur, boleh berbuah selepas 6-9 bulan. Belum ada projek ladang MARKISA secara komersil diusahakan di Malaysia (setahu saya). Buah MARKISA bulat -- lebih kurang macam epal. Rasa/bau buahnya sedap/wangi/harum dan boleh berbuah sepanjang tahun. Buahnya boleh dimakan terus, masak, buat jus -- ikut mudah la...
.
Serupa macam nak tanam anggur/grape, maka kalau nak bela girlfriend baru bernama MARKISA di rumah anda, make sure anda ada pergola (sebaik-baiknya) & then, hubungi saya.


Thursday, January 8, 2009

...make it 500 meters away OK...

Dah hari ke-4 kami hantar Hanis (Kakak) ke SMK Subang Jaya (Form 1). Hari ni baru my wife perasan, lagi 500 meter nak tiba depan gate sekolah (masih dalam kereta), Kakak cepat-cepat cakap -– OK OK cepat salam/kiss, dan dia ke seat depan salam/cium...dia kata takut lambat nanti, jem depan gate.
---(ha ha ha no more salam/kissing in front of school gate!!!)---
.
.
Di SMK SJ, Kakak masuk KAA (Kelas Aliran Agama). Untuk pastikan layak masuk KAA, diadakan ujian Bahasa Arab. Tadi dia bagi tau dia dapat 100%. Hanya 2 orang dapat 100%. Dia cerita Pengetua SMK (Puan Kasma Muni) datang masuk kelas dan puji pelajar yang datang dari SIMDE kerana mantap aliran agamanya. OK Kakak, teruskan OK...jaga nama baik sekolah...
.