RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
TAMAN BAIDURI
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor
SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.
Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.
Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.
Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:
Item Kuantiti
1 Al-Quran resam Uthmani 20
2 Muqqadam / Iqra’ 20
3 Surah Yasin 20
4 Sejadah 20
5 Rehal 20
6 Kain pelikat 16
7 Songkok 16
8 Buku cerita dan buku latihan
9 Rak buku 5
10 Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut) 1611 Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) 16
12 Pakaian harian 16
13 Almari pakaian 16
14 Katil double decker 8
15 Tilam 20
16 Bantal 20
17 Selimut 20
18 Kipas dinding 8
19 Lampu kalimantang 10
20 Dapur gas 1
21 Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik 20
22 Ampaian kain 1
23 Beras, gula, tepung, minyak masak
24 Barangan kering & rempah
* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.
Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.
Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:
En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 shukry_latar@yahoo.com
Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 solehin_ioa@yahoo.com.my
Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 lukmanzm@hotmail.com
Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Yang Benar,
En. Mohd Shukry Md Latar
Pengerusi
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri
p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.
Assalamualikum wbt, kalau hang nak tolong yang satu lagi ni boleh juga. Tolong masukkan dalam blog hang. La ni aku tengah uruskan seorang lagi mangsa rogol berusia 24 tahun yang sudah mengandung 7 bulan. Ini kes kedua yang aku kendalikan. Mangsa ini kena spike drink menggunakan rape drug. Memang malanglah nasib dia kerana dirogol secara beramai-ramai dan kesemuanya dia tak kenal dan tak ingat. So, anak dalam kandungan pun tak tahu siapa yang punya. Gadis ini hanya sedar dan tahu yang dia mengandung selepas 3 bulan dirogol. Pada 24 Januari dia kemalangan dan pada awalnya aku dimaklumkan air mentuban dah pecah. Pada 31 Januari gadis ini dibawa kepada aku untuk mendapatkan perlindungan dan aku tumpangkan di rumah aku buat sementara waktu. Pada 1 Februari, aku pindahkan mangsa ini ke Rumah Iman iaitu rumah perlindungan gadis dan wanita yang hamil tanpa nikah di Bukit Beruntung untuk memastikan beliau dan anak mendapat rawatan dan jagaan yang betul. Mangsa ini baru keluar hospital Sg. Buluh dan keadaan dia sekarang stabil dan akan bersalin pada 10 April ini. Aku nak mintak tolong kalau ada kengkawan yang sudi menghulurkan bantuan untuk kos jagaan mangsa ini di Rumah Iman sebanyak RM500 sebulan selama 4 bulan. Mungkin nak keluarkan RM500 agak susah kerana keadaan tengah gawat dan kita semuanya bukannya kaya raya. Tetapi kalau ada yang sudi hulurkan RM5 atau RM10 seorang itu pun sudah memadai. Seperkara lagi, aku nak mintak tolong tanya kengkawan kalau ada baju bayi lelaki yang baru lahir dan dah tak pakai. Anak-anak aku empat orang memang semuanya lelaki tetapi semua barang-barang bayi termasuk baju dan lampin semuanya dah aku berikan kepada mangsa rogol pertama yang aku uruskan dahulu. Aku perlukan tak banyak dalam 5-10 helai sahaja. Kain lampin yang tak pakai kalau ada boleh juga diberikan. Kalau ada barang-barang tu, tolong poskan kat aku. Kalau ada kawan Semenanjung yang nak bagi, mintak kawan kita tu berikan alamat, nanti aku pi ambil. Anak yang baka dilahirkan akan diserahkan kepada sebuah keluarga angkat dan buat sementara waktu aku akan jaga di rumah aku sehingga semua urusan keluarga angkat selesai.
Alamat rumah aku:
Lukman Z. Mohamad -- No. 3A, Jalan Pintar 3, Taman Universiti 43000 Kajang, Selangor
2 comments:
kalo nak kasi baju2 terpakai yg masih elok tu nak kasi kat sape? nak bg kat encik taj ke..terus kat rumah tu?
kedua-dua pun boleh, mana yang u senang.
tapi kalau baju sampai 1 lori, kena habaq awai-awai la, nak kena sewa lori he he he
Post a Comment