Kami sekeluarga, Ahad, pi majlis kenduri kahwin anak kepada Tok Guru Al-Quran saya, Ustaz Hj Nawawi Hj A.Ghani (dulu Bilal Masjid Negeri). Ustaz secara rasmi ajar saya terperinci Tajwid dan Al-Quran sehingga 3 kali khatam (selama 6 tahun).
Suara Ustaz sedap dan hebat Taranumnya, kalau dulu sebelum Solat Jumaat di Masjid Negeri, Ustaz Nawawi yang akan alunkan bacaan Al-Quran. Ketika Sultan Selangor yang lepas mangkat, beliau juga salah seorang yang mengalunkan bacaan Al-Quran.
2 comments:
Saya sekeluarga juga hadir di majlis tersebut,tapi agak lewat lebih kurang jam 2.30 pm. meriah, sayang sekali saya tidak jumpa walau seorang pun rakan2 yang sama mengaji dulu.
anon 749 - 2.30 lambat dah, dah gerak ke open house lain...
Post a Comment