Thursday, December 31, 2009
AL-FATIHAH & TAKZIAH
Tuesday, December 29, 2009
Saya Sayang Mak Saya
Monday, December 28, 2009
Program Affiliate My1Stop (peluang tambah income)
Tuesday, December 22, 2009
Bila MANGKOK dapat KUASA (peluang)
Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007
KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama. Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.
Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya. Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.
Monday, December 21, 2009
...Air Mani vs Air Pekat...
Abah, air mani macam mana ek?
Kenapa?
Saya rasa saya keluar air mani la?
Mana tau?
Masa saya nak kencing tiba-tiba keluar air warna putih pekat?
Masa nak kencing?
Ya, bah... (jawab Hanif confident)
(saya diam)
Habis macam mana ni Abah, saya dah baligh ke? Kena mandi wajib tak?
Ishh, betul ke yang keluar tu air mani? Banyak ke?
Mana saya tau, air mani macam mana. Keluar setitis dua je (kata Hanif)
Bukan kot...air mani lain. Sebelum basuh tadi kenapa tak tunjuk Abah dulu...
(kena siapkan diri...)
Friday, December 18, 2009
13 Tahun Bercinta --- (sajak)
Bukankah
Cinta itu rela
Dan tidak pula ianya dipaksa
Apalagi dibiar sepi dan mati
13 tahun bercinta
Masih begitu jua
Tiada kata putus
Masih tiada titik noktahnya
13 tahun bercinta
Manis dan indah harganya
Bila hidup bersama
Tersungkur jua 13 bulan cuma
Tuduh menuduh
Mengata hidup bagai di neraka
13 tahun mencari cinta
Yang teruna pun akhirnya berjumpa dara
Yang duda pun kamaruk jua
Yang janda pun bertemu jodohnya
Itu mereka
Dan kita?
Bukankah
Cinta itu rela
Tiada dipaksa-paksa
Maka
13 tahun mencari cinta
Pun
Masih tidak mengenali
Siapa itu Tuhan
Pencipta sekalian alam
-tajmosa-
(Maal Hijrah, Jumaat, 1 Muharam 1431H @ 18 Disember 2009)
Tuesday, December 15, 2009
sumbangan kepada anak yatim/miskin diperlukan
Monday, December 14, 2009
Port Dickson - tompek oghang mandi mando
Sunday, December 13, 2009
Kahwin & (dalam setahun) Timang Anak
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul anak buah - Raja Nurul A'isyah Raja Ahmad Safuan
Puan Hajjah Salwa (biasa dengar suaranya di IKIM.fm untuk sebarkan aktiviti Masjid Al-Falakh) dan suami, Haji Kamaruddin (baju hitam keduanya) --- ketua/sahabat semenjak bersama di Arab Saudi dahulu.
Last sekali tahniah pada cousin - Faiza, kerana selamat lahirkan baby boy 10 Disember hari tu...suka sangatlah Maknya jadi Nanny dapat cucu sulong...
---
Tuesday, December 8, 2009
ofFLinE
Monday, December 7, 2009
JAIS, Dr. Asri & Akhil Hayy
Read some recent (negative) comments by Ketua Pengarah JAIS on non-Muslims tak leh masuk Masjid (non-Muslims macam wanita tengah haid), read also related issues on tauliah - all who wish to give lecture in masjid/surau in Selangor must have permit/tauliah.
Read also below.
Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak berceramah
PADANG BESAR - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kecewa dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlalu cepat mengkategorikan bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak menjadi penceramah dengan alasan tidak memiliki latar belakang agama Islam secukupnya.
Katanya, tindakan sedemikian tidak wajar dibuat tanpa menyelidik secara mendalam terlebih dahulu mengenai pengetahuan agama seseorang pendakwah.
Beliau juga pelik dengan sikap JAIS sekarang yang begitu menjurus kepada tauliah bagi setiap pendakwah yang menyebarkan pengetahuan Islam di negeri tersebut.
"Nampaknya, JAIS sekarang membuat penilaian terhadap seseorang yang menyebarkan pengetahuan Islam di Selangor hanya bersandarkan kelulusan akademik agama seseorang itu sahaja. Ia seolah-olah apabila individu itu mahu bercakap soal agama secara umum, ia mesti memiliki kelulusan agama.
''Saya bersetuju jika seseorang yang mahu mengajar tentang soal yang cukup mendalam mengenai Islam seperti tafsir dan fiqah, ia perlu kepada tauliah. Tetapi jika melibatkan pengajian secara umum seperti sebelum konsert mengingatkan anak-anak muda Islam agar bersembahyang, ia tidak perlu kepada tauliah," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang menganggap penceramah dan personaliti TV, Akhil Hayy tidak mempunyai latar belakang yang mencukupi bagi memberi ceramah agama selain mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.
Mohd. Asri turut meminta JAIS menjelaskan adakah seseorang Islam itu perlu mendapatkan tauliah mereka terlebih dahulu apabila diminta mengajar mengucap bagi individu yang sedang nazak di Selangor.
===
Dear visitors, readers and JAIS (try to say something polite)
It is so obvious that Islam widespread thru dakwah. Dakwah is for at least 2 main purposes - to convince non-believers and also to all Muslims (increase faith). Islam is the complete way of life. Hence, Islam must be shared/conveyed to all.
bunyi macam LENGIT !!!
Thailand Whip Malaysian Women 14-0
VIENTIANE (Bernama) -- The Malaysian women's football team suffered an embarrassing 0-14 defeat to defending champion Thailand in their opening match at the Laos National University here on Friday.The Thai goals, displaying all-round supremacy in the match, scored eight goals in the first half and added another six in the second half to inflict the embarrassing defeat.Thailand's hit-women Pitsamai Sornsai (24min, 55, 84) and Suphaphon Kaebaen (15min, 30, 64) struck a hat-trick each to set the ball rolling while Nisa Romyen added a brace in the (17min, 38) while Chidtawan Chawong (20), Junpen Seesraum (28), Sunisa Srangtahisong (76) Kwanruethai Kunupatham (50), Sunisa Srangthaisong (76) and Orathai Srimanee (80) added one each.Malaysian team manager Alina Cheong said though the team lost to Thailand, it was a much improved performance today from the 17-0 thrashing suffered during a pre-SEA Games tournament in September.The women team's best ever performance in the SEA Games was a silver medal winning feat at the 1995 Chiang Mai SEA Games in Thailand.Malaysia play Vietnam on Sunday in the round robin competition which comprise five teams - Thailand, Myanmar, Vietnam, Laos and Malaysia.The Teams:MALAYSIA: Nur Atiqa Abdullah, Zaffeka Zakaria, Feittlin Ericca, Shereilynn Elly, Rozeinie Dusileh, Masturah Majid, Eslilah Esar, Malini Nordin, Dadree Rufinus, Zaryatie Zakaria, Lovelytha Jelus (Lanti Manggi).THAILAND: Kwanruethai Kunupatham, Pikul Khuenpet, Junpen Seesraum (Siranya Srimanee), Sunisa Srangthaisong, Chidtawan Chawong (Orathai Srimanee), Sukanya Rit Ngam, Suphaphon Kaeobaen, Wilaiporn Bodthoung, Waraporn Boonsing, Nisa Romyen, Pitsamai Sornsai.-- BERNAMA
Friday, December 4, 2009
Azman Yang Teristimewa (Jurnal)
Wednesday, December 2, 2009
Itu Sudah Naik Tocang --- (sajak)
Pabila rusa menjadi kuda
Pabila kelakatu menjadi garuda
Pabila haruan menjadi jerung
Pabila kera menjadi ungka
Pabila kucing menjadi singa
Pabila cicak menjadi buaya
Pabila ulat menjadi naga
...Itu sudah naik tocang
Pabila ibu dijadikan bibik
Pabila bapa dijadikan jaga
Pabila isteri dijadikan tunggul
Pabila suami disimpan kaku
Pabila menantu menjadi penentu
Pabila gundik dijenguk selalu
Pabila segan telah hilang silu
...Itu lagi sudah naik tocang
Pabila badan mulai berbelang
Pabila bau mulai tembelang
Pabila ludah bertukar muntah
Pabila senyum menjadi pahit
Pabila tangan bertukar isi
Pabila pembela menjadi pembelot
Dan yang membelit terus membolot
Maka
Janganlah menyesal
Bubur pun takkan menjadi nasi
Lemang pun takkan menjadi pulut
Dan rendang pun takkan kembali menjadi lembu
Akhirnya semua mengaku
Akhirnya semua mengaku
Kaku dan lesu
Lesu dan pilu
Pilu dan layu
Sesal tak sudah
Sesal sampai ke sudah
-tajmosa-