Azman, kiri sekali (baju pink) adalah anak istimewa. Dia suka saya dan saya pun. Rumah dia dalam 20 biji rumah dari rumah saya. Dia panggil saya En. Tajudin walaupun dah banyak kali saya suruh dia panggil abang je...tapi tak pe la...(dia mudah sangat dengar cakap/arahan saya, saya pun tak tau kenapa...)
Dia rajin ke masjid (memang tak boleh sapa-sapa lawan). Selalu sebelum Suboh dia akan lalu depan rumah saya sambil nyanyi atau pun bercakap-cakap kuat sendirian. Semua orang dalam rumah boleh sedar kalau dia lalu...Dia kerap dan awal ke masjid, sehingga orang kata kalau hari Jumaat tu, memang tak de orang lain yang boleh dapat pahala UNTA, kerana memang dia yang akan dapat (dia cepat datang masjid hari Jumaat).
Dia ramah dengan semua orang. Semua orang disapanya. Bila saya kebetulan ke masjid, dia akan sapa saya dan tanya macam-macam. Soalan-soalan tu sebenarnya dia dah tahu, tapi memang dia suka tanya banyak kali dan dengan ramai orang. Selalunya saya akan layan, tetapi kalau dalam masjid saya akan suruh dia perlahankan suara (suara dia kuat satu masjid) atau diam. Lepas solat suruh dia tanya semula.
Ingatan dia kuat. Dia ingat tarikh lahir saya, anak saya, bila orang tua saya meninggal dan orang lain yang sama date lahir dengan saya termasuk penyanyi wanita dari Lebanon (huh! betul ke tidak, not sure). dan dia boleh meneka tepat tarikh lahir orang! ...saya pun tak tau camana dia boleh tahu.
Dia rajin tolong Tok Siak bersihkan masjid. Dan dia juga makan banyak dari biasa. kalau ada saya, memang saya minta dia berhenti makan, pasal tengok lah badan dia...
Dia pandai baca Al-Quran ( walaupun perlahan-lahan dan satu patah satu patah, OK la kan...). Bab pengiraan dia cekap, tu yang saya tak tahu kenapa dia macam tu...
Yang best untuk Azman ialah setiap kali tiba hari jadi dia, masjid dan jamaah akan buat solat hajat untuk dia sempena hari jadi dia...(pehhh, mana nak dapat...)
Allah pelihara Azman.
Allah lebih mengetahui.
Azman, seorang anak istimewa, autistik.
No comments:
Post a Comment