HARI KENANGAN RAKAN SEPERJUANGANDI TUGU NEGARA
________________________________________
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa : Kali Ke-19 Tarikh : 6 – 7 Oktober, 1987 Tempat : Dewan Syura, Tingkat 11, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
1. Ulasan/Hujah
1.1. Muzakarah telah mengambil maklum terhadap kertas kerja yang dibentangkan dan juga penjelasan Sahibul Fadhilah Kol. Haji Abdul Hamid bin Zainal Abidin seperti berikut:
(a) Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (A.T.M) adalah atas model Angkatan Tentera British (A.T.B), boleh dikatakan sebahagian besar mengenai undang-undang, peraturan-peraturan, adat resam dan tradisi yang dipraktikkan oleh ATM tidak banyak berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh ATB. Oleh itu tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang terpengaruh dengan ciri-ciri penjajah yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.
(b) Di antara sekian banyak amalan tradisi yang berbau ciri-ciri penjajah tetapi masih kuat dipertahankan ialah Hari Kenangan Rakan Seperjuangan yang diraikan di Tugu Negara dengan aturcaranya yang tersendiri. Sebenarnya kenangan ini hanya disambut setahun sekali sempena menyambut Hari Ulang Tahun ATM. Upacara ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang masih diamalkan dalam ATM sekarang ini. Untuk menghapuskan segala perkara ini memerlukan kesabaran dan memakan masa yang agak panjang dan usaha ini perlu dibuat supaya ATM akan bersih daripada sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran-kemungkaran itu akan melemahkan kedudukan ATM dan negara ini sendiri.
(c) Upacara sepertimana yang dijelaskan di dalam kertas kerja ini merupakan satu upacara yang mengandungi ciri-ciri yang nyata bercanggah dengan akidah Islam dan masih kuat dipertahankan oleh pihak ATM terutama oleh pegawai-pegawai peringkat atasan dengan alasan ianya adalah satu tradisi yang perlu dipertahankan.
(d) Di akhir-akhir ini telah timbul suasana keresahan di kalangan sebilangan anggota tentera yang telah menyedari bahawa upacara ini adalah tidak Islam, menyebabkan mereka merasai serba salah. Berbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menghadiri upacara tersebut.
1.2. Muzakarah telah mengambil ingatan terhadap pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ahli seperti berikut :
(a) Upacara Hari Kenangan ini adalah mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada syirik.
(b) Oleh kerana upacara ini nyata bertentangan dengan akidah Islam, maka hendaklah dicadangkan kepada Kementerian Pertahanan supaya upacara ini ditiadakan dan diganti dengan upacara tahlil.
(c) Aturacara yang tidak menyalahi dengan syarak yang terdapat dalam upacara ini seperti pembacaan sajak bolehlah diteruskan. Aturcara ini boleh disusun dengan lebih baik dan diperbesarkan lagi, misalnya dengan menjemput penyair-penyair yang terdapat di negara bagi mendeklamasikan sajak-sajak yang boleh menaikkan semangat perjuangan dan seumpamanya.
(d) Selain daripada upacara ini terdapat banyak lagi upacara yang perlu difatwakan, umpamanya tos semasa minum ucap selamat dan lain-lain lagi. Perkara-perkara tersebut bolehlah dibawa kepada Jawatankuasa ini dari semasa ke semasa.
2. Keputusan
Muzakarah telah mengambil keputusan bersetuju iaitu :
(a) Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan olah Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
(b) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.
Tak berguna
4 hours ago
1 comment:
salam pengenalan...istimewanya orang Johor ni...ada bekal asas pengetahuan Islam..so mari sama2 kita uar2kan apa yg kita tahu walaupun sepotong or secebis ilmu.Jemput ke blog baru saya dan uar-uarkan...biar terus bertambah banyak penulis Muar atau Johor menyumbang idea...http://tunsheikh.blogspot.com/
Post a Comment