---
---
Oleh Rashidi Karimam@hmetro.com.my Jumaat, 17 Oktober 2008
KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah. Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya. Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa.Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan.
“Saya bertanya kepada pelajar itu siapa yang menulis perkataan berkenaan dan dia mengaku menulisnya lalu saya memarahinya. Bagaimanapun, dia melawan dan cuba merampas folio itu.
“Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.“Selepas melihat mereka memanggil lima lagi rakan, saya yang bimbang kejadian lebih buruk berlaku bergegas menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan guru lain di bilik guru”Lanjut, sila klik TAJUK
---
Kepada semua guru-guru (termasuk abang/kakak aku, sepupu/sedara dan kawan-kawan semua...) sentiasalah berhati-hati... belajarlah sikit ilmu silat gayung ke kuntau jawa ke...
Teruslah mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin...
19 comments:
Keruntuhan moral dan akhlak muda mudi zaman millennium memang dahsyat. Pak Menteri perlu kaji suatu kaedah untuk membendung gejala yg semacam ini. walaupun kejadian semacam ini jarang berlaku. Pelik tapi benar. zaman dulu, guru pukul pelajar untuk memberi pengajaran. sekarang, pelajar pukul guru pun untuk beri pengajaran jugak. Dunia, dunia. Zaman dah berubah.
p/s:KPLI @ kursus perguruan mesti wajibkan calon ambik matapelajaran Ko-kurikulum seperti silat, taichi, taekwondo dsbnya (seni pertahan diri) sekurang kurangnya 3 jam kredit sbg langkah awal utk tangani kejadian mcm ni.
ye, kawan setuju dengan ususl cadangan ini
3 ranking tertinggi??? itu macam memori yang takkan terpadam. ceritalah sikit, macamana nak rebut ranking?
budak sekolah pun ada black belt TJ. klau cikgu nk belajar kuntau, make sure sampai khatam....
>hukuman just gantung seminggu. aku dulu coz fly tgh malam kena 2 minggu plus public canning. ni 2 MINGGU jer?
>>Kementerian sekarang takut kat budak-budak. takut sgt budak-budak protes. Jgn bg muka sgt kat bebudak zaman sekarang. nnt besok, ternganga semua.Hancurs institusi kenegaraan dek kerana manjakan budak-budak.
>>>ape salah klu dibuat public canning. aku sokong lebih 100%. Takut budak-budak lagi memberontak klu di rotan? Alasan paling bodoh.
>>>>Zaman mak bapak kita dulu selalu kena public canning, kena penampar jepun(aku pun pernah kena), tengok aper jadi kat aku n mak bapak kiter dulu. Jadi Insan, bukan jadik manusia.
kalau dah letaknya ranking paling tinggi, dah tentulah ada benda yang tak boleh dilupakan...selamanya...
memang tak boleh ada saper-saper rebut ranking tu...apa lagi guru sekarang...
amy, mu ada kuntau ke?
> peh, dapat jugak aku perangkap budak-budak degil masa sekolah dulu ye he he he
>> dengar cerita, la ni dah tak boleh merotan...betul ke cikgu cikgi?
>>> mu pi la jadi Menteri pak sham oiii
>>>> setuju.
>Cita2 mmg nak jadik Pak Menteri, tp....ntah lah. Politic is not in my listed for now.
>>bukan DEGIL, tapi NAKAL. bile dikaji balik, x dinafikan ada persamaannya. Tapi nakal bukan bererti jahat. tapi degil ni khas untuk bebudak jahat jer.
>>>tak boleh merotan sbb nak 'tatang' budak zaman sekarang yang perangai seakan2 'menatang'(segelintir aje) cam budak pompuan kat Perlis tu dan yg seangkatan.
>>>>Ape-ape pun, semua ni berpunca dr institusi keluarga yg gagal. Suami/Ayah yg gagal, Isteri/Ibu yg gagal utk mendidik anak-anak. Mak bapak sekarang mmg pandai membela tp tak reti mendidik.
p/s: aku cadangkan kes juvana dimansuhkan.
mu cadang kat saper tu?
>kot2 ader pembaca yg masuk blog ni kenal pak menteri, bleh tolong cadangkan.
tak de, kita tak belajar kuntau. ni lah baru dengar apa tu kuntau. nak belajar apa-apa ilmu pun kena khatam.
> ramai yang kenal pak menteri kat sini (kenal? mesti kenal...)
>> amy, setuju, belajo kena sampai habis. jangan separuh jalan je...
>ye tak ye jugak. aku pun kenal pak menteri gak. Menteri jer tak kenal aku. hahahahaha... terkena aku. tajam bak selumbar....
assalamualaikum
just nk komen pasal cikguzamani
alhamdulillah ade lagi
yang menghargai die
doakanlah die panjang umur ye
waalaikummussalam azie.
overlooked, lama tak jawab. kami satu batch dan our junior/senior semua menghargai Cikgu Zamani dan sentiasa ingat kepadanya.
salam.add saya di facebook zamani asnian.terima kasih
Waalaikummusalam Cikgu, Insya Allah, akan diwar-warkan di FB. Thank you.
aku datang..aku baca...no komen....
Post a Comment