Sunday, September 21, 2008

Ramadhan (15) -- Berbuka Puasa SIMDE+HSPJ

SIMDE, malam kelmarin, meraikan 30 anak-anak yatim/miskin dari Rumah Amal Kasih Bestari, Subang Bestari. Jamuan makanan untuk majlis ditaja oleh Hotel Singgahsana PJ. Barang-barang keperluan harian pula (beras, gula, tepung, sabun, macam-macam) disumbangkan oleh warga SIMDE. Majlis dimulakan sebelum Maghrib dengan khatam Al-Quran beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Farizal, dan diakhiri dengan solat Isyak & Tarawih

Sebahagian anak-anak yatim/miskin (lelaki/perempuan) dari Rumah Amal tersebut yang diraikan gembira dapat bersama-sama di Majlis Berbuka --- tengah beratur nak terima sumbangan.
aikk, boleh main cak cak pulak.... tak pe tak pe.... yang penting mereka semua happy & seronok. belajaq rajin-rajin ye... nanti dah besaq tolong anak yatim & orang miskin yang lain pulak....hidup ni kan macam roda, berpusing-berputar....
CEO Yayasan SAMDE (En. Osman -baju hijau) sedang bagi sumbangan.

Pengerusi Yayasan (Dr. Tengku Shahrom -tengah) menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Rumah Amal -- Ustaz Hamzah Busu (baju merah). Di kiri ialah Guru Besar, Ustaz Dahim. Ustaz Hamzah ketika kami berbual memaklumkan, yang beliau begitu gembira/bersyukur dengan sumbangan/bantuan yang diterima dari SIMDE, dapat meringankan tanggungannya dan menggembirakan para penghuni Rumah Amal itu....

Bendahari PIBG SIMDE (Pn. Kamariah-baju biru) bersama kaum ibu yang turut hadir.
Hanaa (tengah) wah wah enjoy betul dengan kawan-kawan dia.

.
OK terimakasih kepada SIMDE, semua warganya dan Hotel Singgahsana PJ (En. Rohizan) dan mereka yang menyumbang, memeriahkan dan menjayakan majlis ini. Kita pun maklum bahawa besar ganjaran mereka yang menderma dan bersedekah di bulan Ramadhan, berlipat kali ganda -- maka, Allah jua sebaik-baik pemberi balasan kepada semua sumbangan tersebut.

No comments: