Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan (8) -- Soal Jawab Masalah (3)

Imam II Masjid Saidina Abu Bakar (ketika beliau bertugas) akan melakukan Solat Witir 3 rakaat dengan satu (1) salam -- tanpa tasyahhud awal (dan bukannya seperti biasa iaitu 3 rakaat dengan dua (2) salam). Dan, imam akan maklumkan setiap kali sebelum memulakan witir-nya. Hanif ikut hingga selesai solat tarawikh/witir habis (lebih-lebih lagi tengah cuti ni...).
.
Balik dari masjid, dalam kereta dia dah tanya.
.

Hanif: Kenapa imam pesan solat witir satu salam je...?
Abah: Boleh, tambah pulak kita ikut je imam tu...
Hanif: Solat witir ni satu salam ke atau dua salam?
Abah: Kita kena ikut imam. Kalau satu salam, buat je satu salam.
Hanif: Saya tak faham lah...

.

(kesian pulak dengor nya...)

Abah: Ok, apa yang tak faham, tak faham kat mana?
Hanif: Kalau kita solat witir dengan satu salam, kita beri satu salam belah kanan je ke?


--
(alahai anakku...!!!!..tengok camana anak-anak punya interpretasi...)

2 comments:

Anonymous said...

din..din.. nak tergolek aku baca cerita dak hanif nih.. kelako..
nasib baik dia tanya kan...

tajudin said...

itu lah, kawan pun tak le terfikir apa masalah dia.. tapi bila dia faham yang macam tu, saya jadi kesian pulak....

harap cikgu/ustaz/ustazah yang ajar anak murid, elok dijelaskan setiap perkara...