Thanks semua rakyat dunia!!! Terimakasih kerana sambut birthday tuan punya blog ni - 1 Januari 2010.
(biasaklah, jangan marah, ini statement perasan setiap tahun)
Ya Allah, aku dah 40 tahun...Allah mulakan hari Jumaat ini 01.01.10 dengan Gerhana Bulan.
---
Sempena Hari Haul Mu, Tajudin
Selamat Ulangtahun Tajudin
Hari Haul
Yang ke-40
Kau sudah hampir ke senja
Jangan perasan muda
Jangan tengok kepala
Tapi tengoklah pada pahala
Tajudin
Kalau panjang umur hidupmu
Ke-80 tahun bersubsidi
Maka separuh hayatmu
Telah selamat dihabiskan
Harap kau tidak nyanyuk
Harap kau tidak mengarut dan mencarut
Harap kau tidak menyibuk dan mengacau
Kau terus hidup berusaha
Dan terus berjuang
Dan Tajudin
Kalau umurmu hingga ke-63
Maka tinggallah 23 tahun cuma
Seusia itu
Nabi masih mampu merubah umat
Sahabat masih mampu meluas agama
Panglima perang masih mampu menakluk Parsi dan Rom
Hitler dan Napoleon pun mampu menawan Negara
Otto, Bell dan Edison pun mampu mencipta sejarah
Ramai yang berjaya
Dan ramai yang kaya
Tapi kau hanya bertapa di Subang Jaya
Di dunia yang penuh tipu daya
Dan Tajudin
Andainya umurmu cuma sehingga esok
Bersyukurlah
Bersyukurlah dalam redha
Kekuatan kesungguhan mu terhenti di situ
Maka
Lihatlah apa yang telah kau usahakan
Lihatlah apa yang telah kau jayakan
Lihatlah keluarga, waris dan keturunanmu
Penentu jayamu
Sudah diperbuat kebaikan sepanjang hidupmu
Yang akan terus hidup walaupun sesudah matimu
Cukuplah dengan apa yang telah ditakdirkan
Dan sempena Harijadimu
Hari Haul
Yang ke-40
Jangan kau jadikan Tajudin itu jasad yang kosong
Jangan kau jadikan Tajudin itu roh yang buruk
Datang ke dunia dengan putih bersih
Maka jangan pergi dengan jiwa hitam dan busuk
Moga Allah selamatkan kamu wahai Tajudin
Moga Allah sejahterakan kamu wahai tajudin
Moga Allah rahmati kamu wahai Tajudin
-tajmosa-
Subuh Jumaat, Gerhana Bulan, 1 Januari 2010, 15 Muharam 1431. Genap 40 tahun.
13 comments:
Salam 2010..happy birthday cikudin..semoga terus dipermudahkan segala urusan hidup dan di berkati yang maha esa..
stat perasan stiap tahun haha lawak.
happy birthday :D
aaapit - Amin. mekasih
the deint - ya, memang tak dapat nak elak statement perasantan tu... ha ha ha best kan?
Happy new year and happy birthday...May Allah bless you...
Tirana - Amin 40x. thanks.
happy birthday to you!
Nak request nanti birthday I u karang 1 sajak n letak kat fb boleh?
Tima kasih...
Anon - thank you.
WR - boleh boleh. Kambing golek?
Taj, kambing golek ke tergolek ke, boleh je....tq
happy belated birthday. setahun sekali perasan apa salahnya..
Amy, thanks. Betul la tu kan...
Post a Comment