(Sime Darby & IJN)
.
mak aii, kalau IJN ada JANTUNG, sure jantungnya berdebar berdegap-degup akhir-akhir ini. Setakat hari ni bunyi macam OK (esok lusa tak tau la..)
.alahai SIME DARBY...pehal la pulak nak gi pulun IJN. Malu ah macam ni. takkan nak borong bisnis yang boleh cash cow je...ada orang yang mula kata ini merompak cara moden -- penaya rakyat. IJN kan harta rakyat? Bayangkanlah la ni buat operation belon & buat bypass boleh bayor cuma RM8 je...
.
kawan tak pasti tujuan takeover ni nak buat apa, kalau beriya-iya kata nak improve kawan rasa dak perlu ada penjualan/penswastaan. apa yang perlu/penting cuma tukar mentaliti/cara kerja je. tapi IJN dah OK dah. kawan nampak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen (buat paspot) pun telah berjaya improve, sangat cemerlang, yang diperbaiki ke tahap yang unggul berbanding dulu. memang boleh kalau nak, tak perlu takeover pun.
.Kalau SD betui-betui nak improve hospital - kawan cadang SIME Darby pi beli/takeover Hospital Parit Buntar . tapi rate mesti tetap mau sama la...
No comments:
Post a Comment