Friday, September 4, 2009

Program Nuzul Quran @ MABAS

Program Nuzul Quran di Masjid Abu Bakar As-Siddiq.
(masjid ini mengadakan Majlis Berbuka Puasa/Moreh setiap hari)

5 September (15 Ramadhan) --- Solat Hajat UPSR/PSRA (Selepas Solat Isyak - sebelum Tarawih). Sila bawa kaum keluarga terutama yang akan mengambil peperiksaan

6 September (16 Ramadhan) --- Kuliah oleh Ustaz Muhd Adwin Yahya Al-Yamani (selepas solat Tarawih 8 rakaat sahaja malam itu)

7 September (17 Ramadhan) --- Kuliah Subuh oleh Ustaz Subki Abd. Rahim

8 September (18 Ramadhan) --- Kuliah oleh Ustaz Dasuki Abd. Ghani (selepas solat Tarawih 8 rakaat sahaja malam itu)

Semua dijemput hadir.

Thursday, September 3, 2009

Sumbangan Anda Dihargai

Yesterday i sent email to at least 200 frens (below & self-explanatory). If you wish to contribute, please do so - follow step 2, thank you.

---
1. Saya ingin panjangkan (kepada yang belum tahu) seorang sahabat kita, Zaitun Muhammad - Sarjana 87, aka Chet baru kematian suaminya, mengejut, tak ada sakit apa katanya. Chet surirumah sepenuh masa duduk di Kota Tinggi. Anak ada 4 orang, umur 15, 13, 9 dan 3. Hp 012 7934105. Dia pun tak tau apa rancangan, macamana nak menyara anak2. Keadaannya buntu kerana masih baru sangat kehilangan tempat bergantung.
....
....
2. Sesiapa yang ingin menyumbang (kalau boleh semua, kalau tak derma RM1, dermalah RM10 --- yang penting sumbangan ikhlas) sila bank-in ke Nett (Iryani Mohd Nordin 164258390954 maybank) kemudian sila juga email makluman sumbangan kepada --->>> namokawe@yahoo.com <<<--- Mariatini Othman untuk monitoring/tracking. Lagi cepat kita boleh hulur sorang sikit, lagi cepat kita boleh serah sumbangan. Tindakan tuan/puan --- elok kita dahulukan dengan ucapan jutaan terimakasih. Hari ini hari orang lain, hari kita akan menyusul...

...

(update: ada masa baca juga kisah anak yatim SINI)
---
For info, Mariatini's blog --->>> ANAKIKAN (update: coretannya - CHET)

Ramai kawan saya dah pergi. Ramai juga kawan yang dah ditinggalkan pergi.

Tuesday, September 1, 2009

*Spiderman vs KluangMan*

petikan/gambo dari BH




"Spiderman" tawan Menara Berkembar Petronas

KUALA LUMPUR: Alain Robert, lelaki Perancis yang digelar Spiderman kerana gemar memanjat bangunan tinggi, akhirnya berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas hingga ke puncak pagi ini selepas tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat Menara 2 setinggi 88 tingkat itu pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa disedari pengawal keselamatan dan orang ramai. Beliau kemudian ditahan polis sejurus tiba di bawah. Dalam percubaan kali kedua pada 2007, Robert hanya mampu memanjat sehingga aras 60 sebelum beliau ditahan pengawal keselamatan. Antara bangunan terkenal pernah dipanjat beliau ialah Empire State Building, Menara Sears dan Taipei 101.



lanjut baca SINI

update: baca SINI

---


...Pehhh, cek oiii, awat la jadi lagu tu...mana pi pak guard!!! mana pi mak guard!!! Apa citer security system kat KLCC Petronas Twin Tower. Kalau mamat spiderman tu jahat dibawaknya bom, habis dah Menara tu...nayer...nayer...