Monday, May 12, 2008

.....ayyer lawot bertamboh masen kek pokan port dickson....

dari kosmo! online



Festival muzik jadi liar
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMamir.azam@kosmo.com.my
ANTARA aksi yang boleh disaksikan di Port Dickson, semalam (..deleted deleted).



PORT DICKSON – Ribuan generasi muda yang mengunjungi pantai peranginan tersohor di sini untuk berpesta selama dua hari bermula 9 hingga 10 Mei lalu mengundang rasa tidak selesa di kalangan penduduk.
Apa tidaknya, rata-rata yang hadir termasuk warga asing bukan hanya berpesta sehingga mabuk tetapi turut memakai pakaian menjolok mata.
Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Pantai Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad Sap berkata, pesta sedemikian terbukti mencemarkan budaya dan mengundang masalah sosial.
Menurutnya, penganjuran pesta berkenaan juga bertentangan dengan ajaran agama Islam serta budaya masyarakat Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial.
“Saya dapati ribuan golongan muda berhibur di pesta berkenaan selama dua hari ia diadakan di pantai ini. Saya mendapati mereka yang datang terdiri daripada golongan belia dan sebahagian besarnya merupakan anak Melayu dan kaum Cina.
“Saya berasa sangat kesal dan tidak faham mengapa perkara ini harus terjadi kerana ini bukan pertama kali ia diadakan di mana pada tahun 2006 pesta sedemikian pernah diadakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mohamad Nor sebelum ini telah menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan, yang turut mewakili Persatuan Penduduk Taman Aneka, Batu 9, Jalan Pantai kerana mendakwa permit hiburan menganjurkan pesta berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan minta ia dibatalkan demi kebaikan generasi muda.



Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.


so, kita nak buat apa, taj?

nantilah saya bincang dengan kawan baik saya. depa la ni suami isteri duduk port dickson ternak lintah.. boleh lah pakat-pakat, tengok apa depa boleh buat dengan lintah-lintah depa tu..

2 comments:

WanAni-One and Only said...

Hi Taj, last saturday 10 May,WK and I visited our friend at PD. Lintah depa besaq2 woo...
Sronok sangat tengok kawasan luas macam tu, ada itik, ikan dan lintah. Tapi lintah darat takdak la...

tajudin said...

hi my one and only one,

ooo u ke yang pi festival tu?

kami pun ingat nak pi PD juga...jenguk2 sahabat...

nantilah....