Friday, May 9, 2008

Beras o Beras, Kenapa Mu Naik Rega.....!!

today is my first friday of month 2, in go-blog.


saya kebetulan baru balik dari utara tengah dan tengah tepi, (tak mau sebut nama tempat, nanti hangpa boleh jawab soalan kat mana Pmtg. Kerat Telunjuk tu... nak hadiah kan????)

ditambah dengan email pasal beras naik harga (ya Allah, tengok je lah beras Jasmine yang ada Datuk Jalaludin Hassan punya gambar tu...harga dari belas-belas dah naik puluh-puluh, saya doakan Datuk punya komisen pun naiklah jugak ye..)

gambar masih panas diambil di Kerian
gambar masih panas diambil di Selama
ok gini. Beras tak cukup. Beras tak cukup. Harga beras pun naik. Pemimpin pening. Rakyat pun risau, semua gelabah. Hypermarket tak de stok. Kedai runcit apa lagi. Yang suka sorok, tambahkan lagi stok sorok.

kenapa beras naik harga, kenapa ada krisis makanan ?

a- kalau ulama/ustaz - negara-negara mulai hilang
barakah. orang
sudah ramai tak bayar zakat harta/pendapatan. inilah
bala
dari Allah. keberkatan rezeki ditarik.

b- kalau ahli ekonomi -
mereka kata ini semua
teori demand/supply. pusingan 10/20
tahun.

c- kalau ahli/pakar pertanian kata - tanaman secara lama dah
tak produktif, tambah segala yang patut untuk naikkan hasil
semusim. naikkan hasil seekar.

d- kata rakyat - jangan buat benda
lain, tambahkan subsidi, tambahkan
bantuan.

e- kata petani/pesawah - mu
naik rega, aku dapat apa?

nantilah, kalau ada masa yang panjang sikit, bolehlah saya tulihtulih sikit apa yang patut (untuk c,d,e je...) dalam bab beras dan pertanian padi ni. malam tadi pun ada saudagar yang terlibat langsung dalam pembekalan baja ke agensi pertanian, call saya dan citer citer skit -- tapi kita ulas kemudian la ye..

buat masa ni saya nak habaq 2 benda je..

benda 1
bahawa, janganlah kita mengeluh. jangan mengeluh dalam krisis. kerja kita ialah teruskan berusaha dan berdoa.
"Ya Allah, jauhkanlah kami serta lindungilah kami dari segala musibah yang menimpa dan yang akan menimpa; yang kami tahu dan yang kami tidak tahu."
benda 2
bahawa, bapa saudara saya, yang daripada umur saya setahun jagung, kerjanya bersawah, bercucuk tanam membanting tulang -- sehingga sekarang (saya tak pernah tanya umurnya tapi saya anggarkan umur pak ngah saya dalam lingkungan 70 tahun) -- masih lagi membanting tulang... masih lagi membanting tulang mencari rezeki.. masih membanting tulang....
"Ya Allah, murahkan rezeki bapa saudaraku, murahkan rezeki kami dan rezeki saudara-saudara kami, permudahkanlah hidup kami dan limpahkan keberkatan kepada rezeki kami semua"

No comments: