Saturday, July 19, 2008

Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang - Pendidikan Rabbani

Intipati ceramah Tuan Haji Zainudin Karima (Penasihat Yayasan SAMDE) ketika memberi ceramah tajuk di atas kepada semua ibubapa pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3 SIMDE sempena Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin di SIMDE malam ini sebentar tadi.
.
4 peringkat pendidikan dalam Islam.
.
1. Zaman Tiflun (bayi - sebelum mumayiz @ 7 tahun) -- mereka adalah ibarat raja. layanan kita kepada mereka adalah sesempurna mungkin dan tiada cacat cela langsung - umpama kita melayan raja (dan kita adalah hamba raja). suap & sediakan makan minumnya, menjaga kebersihannya, jaga serba serbi, jangan didera dsb.
.
Beliau membawa beberapa contoh sifat Nabi s.a.w ketika melayan cucu-cucu baginda.
.
2. Zaman Waladun (7 tahun - baligh @ 15 tahun) -- ibubapa mesti mengatur kehidupan anak mereka dalam tempoh ini dengan tegas, berperaturan dan disiplin. terutama bab solat (rotan pada umur 10 tahun jika anak masih enggan solat). tempoh ini bukan tempoh memanjakan anak, dan anak bukan menjadi raja.
.
Beliau juga mengingatkan bahawa ibubapa mesti tidak menyebelahi anak jika terdapat kes disiplin di sekolah bahkan ibubapa perlu mengutamakan disiplin yang dikenakan oleh guru-guru ke atas anak mereka, jika ada.
.
3. Zaman Syabab (remaja -- 15 - 21 tahun) -- ini adalah suatu zaman yang mana ibubapa memberi nasihat dan panduan dalam urusan anak-anak mereka. tiada lagi manja-memanjakan bahkan tiada lagi rotan merotan. Inilah zaman yang paling susah dan menyusahkan ibubapa.
.
Beliau memberi contoh, jika anak kita merempit @ ditahan dilokap kerana memandu tanpa lesen -- apa yang boleh kita buat ialah nasihat, nasihat dan berikan panduan secara jelas dan berhemah. Kalau kita marah/jerkah -- alamatnya hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
.
4. Zaman Rajulun (dewasa -- lebih 21 tahun) -- peringkat hubungan ibubapa dan anak sebagai kawan -- kita menjadi kawan kepada anak kita.
.
Bagi semua peringkat itu, Nabi s.a.w tidak pernah mengabaikan keutamaan iaitu pendidikan dan nasihat menasihati setiap masa. Nabi s.a.w sendiri diriwayatkan mengetuk pintu bilik menantunya Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra mengejutkan mereka untuk solat Subuh. Maka jangan kita terlepas masa-masa kecemerlangan mengikut peringkat-peringkat ini bersama dengan anak-anak kita. Oleh kerana manusia dijadikan dengan 4 sifat/unsur Tanah, Air, Api dan Angin maka gunakan sifat-sifat itu sebaiknya dalam mendidik mengikut peringkat kejadian/kehidupan. Kita tidak boleh gunakan sifat api dalam semua peringkat tetapi keutamaannya pada masa mendisiplinkan anak-anak, begitu juga sifat angin dan air.
.
Tuan Haji memberi contoh cerita bagaimana dua kepala angin bertengkar menunjukkan kehebatan ingin menjatuhkan katak hijau dari daun pisang. Kepala angin 1 datang dengan ribut taufan terus kepada katak yang itu -- habis taufan -- katak itu masih melekat pada daun pisang itu. Kepala angin 2 pula kemudiannya datang dengan angin sepoi-sepoi bahasa terus kepada katak itu -- katak itu rasa segar, khayal dan terus terlelap -- lalu terjatuh daripada daun pisang itu.
--
--
4 perkara yang akan jadikan seseorang itu berbahagia (Hadis Nabi s.a.w)
1. Bertemu pasangan hidup yang baik - soleh/solehah
2. Anak-anak yang baik sejahtera
3. Berkawan @ mempunyai kawan-kawan yang baik-baik
4. Mendapat rezeki keberkatan dari negeri sendiri
.
Beliau berkongsi masalah ada seorang wanita berumur 66 tahun berjumpanya meminta diberikan nasihat panduan -- wanita itu sudah berkahwin 46 tahun dan pada 6 tahun terakhir ini, dia dan suami tidak pernah bercakap antara satu sama lain -- walaupun duduk serumah -- ya, selama 6 tahun tidak bercakap, tidak langsung bertegur sapa..! Kita minta dijauhkan dari hal sedemikian ini.
.
Beliau juga berkongsi bagaimana masyarakat orang Jawa -- rumah mereka - rumah limas -- mempunyai beberapa ranking menentukan rakan/sahabat/tamu. Ada yang boleh masuk hingga ke tangga sahaja (cukup) -- bersembang sekadar di tangga sahaja. Ada yang boleh masuk sehingga serambi sahaja. Ada yang boleh masuk ke ruang tengah, tetapi ada juga yang boleh masuk terus ke dapur..!
.
Akhirnya, beliau mengingatkan -- dalam mendidik anak-anak -- kurangkan kebergantungan kepada orang gaji - tak kira indon, filipino, atau orang malaysia - dalam lain perkataan - jangan swastakan anak-anak kita 100% kepada orang gaji...
.

3 comments:

aaapit said...

Info yg ckup menarik...thanks cikudin..bleh buat panduan nih...

tajudin said...

tuan apit, ambil dan gunakanlah mana yang baik.

awat blog tak boleh masuk? apa ada dalam blog tu?

aaapit said...
This comment has been removed by the author.