Tuesday, July 29, 2008

Kita Saudara Sedurian (sajak)

gambar atas - durian balik pulau yang dijual di shah alam




KITALAH SAUDARA SEDURIAN

Semua berduyun-duyun membelahi arah
Walaupun ini bukanlah cuti sekolah
Apalagi sebuah perayaan
Tetapi semuanya pulang meriah kampung halaman

Habis segan dan silu dibuang ke tepi
Habis semua sengketa hilang seketika
Musim durian tiba, kita pun bersua muka
Setelah sekian lama tidak bertemu
Baru bertanya khabar saudara dan cucu
Malu pun dicampak ke hulu

Musim durian memanggil-manggil
Semua saudara sombong yang memencil diri di kota
Semua abang kakak yang konon tiada masa bercuti
Pulang
Semua pulang
Pulang juga
Semuanya hipokrit
Pulang ke kampung tersengih-sengih, merenyih
Kononnya lama tak menjenguk
Kononnya lama tak mendengar khabar berita
Sebenarnya dek kerana penangan durian
Sanggup meredah kampung dan dusun untuk memenuhi hajat
Sanggup digigit nyamuk dan pacat
Oh
Bukankah kita semua saudara
Saudara sedurian!
Menjenguk saudara bila musimnya datang
Ya
Kitalah saudara sedurian

-tajmosa-
1996
(bersaudara pun perlu bermusim)










2 comments:

Anonymous said...

nice blog. seronok baca blog u. u asal muar ke? pernah sekolah kat SDAD ke? kecur air liur tengok buah durian tu...hehe

tajudin said...

tq.

tq.

ye, Muo. very near to JPJ Muo.

ye, pernah di SDAD. form 6 rendah double add (kira 6A la tu....). (pernah kena kungfu dengan cikgu disiplin -- saper nama? lupa lak..)

saya ambik gambar je... saya tak makan deroyan...sori..