Saya bersama rakan kongsi pi kedai baiki handphone lewat petang tadi. Kebetulan kedai tu bersebelahan dengan Kedai 4D - kedai nombor ekor.
.
Tiba-tiba lalu depan kami/depan mata seorang lelaki tengah dukung baby/anak (2 tahun kot) bersama isterinya. Lelaki itu pass anak yang dia dukung tu pada isterinya dan dia pun (malu-malu alah) masuk ke kedai 4D tu...
.
Kami tengok dan terdiam. Kami yakin depa orang Melayu (dan Islam) kerana muka depa muka Melayu dan cakap pun Melayu...Lepas beli/keluar dia lalu depan kami sambil belek resit/kertas nombor ekor...
.
Ya Allah, berilah petunjuk hidayah-Mu kepada mereka dan keluarga; dan juga kepada kami semua. Amin.
No comments:
Post a Comment