Siang tadi bermula jam 8.30 pagi kaum ibu, kaum bapa, guru dan murid/pelajar SIMDE mengadakan program gotong-royong. Bersihkan surau, kantin, mengecat, bersihkan longkang, buang lumut, bersihkan pokok, kutip sampah, tampal simen, bersihkan kelas, lap tingkap, basuh langsir dan sebagainya. Longkang yang tersumbat dibersihkan untuk elak tersumbat, elak nyamuk bikin tempat membiak.
.
Kongsi sebahagian gambar.
Cat garisan tempat perhimpunan. Lepas ni barisan mesti lurus punya!
Break jam 11 pagi - jamuan potluck ibubapa. Sedap-sedap dan macam-macam ada...
Yang bawah ni sebahagian pelajar menengah SIMDE yang join saya kutip sampah/bersihkan longkang di sebelah luar/padang Futsal. Yang lain taknak masuk gambar. Lepas dah bersih ni diharap janganlah buat sampah lagi OK...tengok/nasihat adik-adik sekali...
.Gotong royong tamat jam 1.30 tengahari.
Gotong royong ni bagus, selain macam aktiviti senaman/riadah, keluarkan peluh, ianya juga dapat menyambung/mempereratkan tali silaturrahim jumpa tanya khabar antara ibubapa dan guru-guru, boleh bincang-bincang. Dan yang penting sebenarnya dapat menggembirakan hati anak-anak kita bila kita terlibat membersihkan sekolah/bilik darjah. Jangan lupa, nasihatkan anak kita untuk terus jaga kebersihan/keceriaan sekolah.
No comments:
Post a Comment