Sekali lagi citer bab rafting. Just came back from Ulu Slim, Pos Bersih (Penempatan Orang Asli) --- wiki HERE (atas tengah). Pos Bersih terletak 45 minit ++ naik kereta dari Proton City, Tanjung Malim & Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Kali ini bersama dengan a group of SIRIM management and staffs.
.Kali ini bawak budak-budak & famili (bior depa berkubang cuti sekolah ni...). Share sebahagian gambo...
Hanif & cousins tengah test walkie-talkie, makan di Kedai Mamak sebelah Kedai Yik Mun, Tanjung Malim. Bro. cousins yang turut serta together with family.
Transfer from base camp ke kampung Orang Asli. Kereta & bas sehingga setakat ini sahaja, lepas tu kena naik lori cum bas ni @ 4-wheel drive (4WD) yang disediakan. Best naik ni, macam naik kuda...dalam 15 minit - 30 minit, kita akan tiba Pos Bersih atau tempat bermula rafting point.
Di base camp ada kolam air panas (104 degree celsius). Hottest in ASIA dan ke-3 panas di dunia. Setakat kolam air panas di Pedas @ Sg. Klah Hot Spring @ Hulu Langat - jauh sangat bezanya...
Keliling view/pemandangan/panorama, peh cantik...
Pak Rak yang sudi saya ambil gambo nya, yang lain-lain, malu-malu alah...hisap rokok jenama ASTRO (tak pernah dengo pun brand tu...). Bila saya tanya kat rumah ada ASTRO tak? Dia tak paham, baru saya ingat rumah dioarang mana ada elektrik...
.
Apa punya soalan la...
Iguana. Haiwan yang banyak di sekitar tempat khemah. Kalau nak, boleh kita borong dari Orang ASli tu, jual kat Kuala Lumpur kah kah kah...
Di base camp ada kolam air panas (104 degree celsius). Hottest in ASIA dan ke-3 panas di dunia. Setakat kolam air panas di Pedas @ Sg. Klah Hot Spring @ Hulu Langat - jauh sangat bezanya...
Keliling view/pemandangan/panorama, peh cantik...
Pak Rak yang sudi saya ambil gambo nya, yang lain-lain, malu-malu alah...hisap rokok jenama ASTRO (tak pernah dengo pun brand tu...). Bila saya tanya kat rumah ada ASTRO tak? Dia tak paham, baru saya ingat rumah dioarang mana ada elektrik...
.
Apa punya soalan la...
Iguana. Haiwan yang banyak di sekitar tempat khemah. Kalau nak, boleh kita borong dari Orang ASli tu, jual kat Kuala Lumpur kah kah kah...
Ini bukan pokok lada hitam/buah kopi... macam je...
Pokok pisang hutan pun banyak dan cantik-cantik
OK. Ini kolam renang Orang Asli dari KL/Subang Jaya (he he he). Ini sungai cabang. Sungai utama yang diguna untuk rafting ialah di sebelah atas. Ulu Slim tidak banyak batu besar tidak seperti di Kuala Kubu Baru, tetapi airnya deras. Kalau salah raft boleh terbalik/tenggelam.
Hanif (t-shirt putih and cousins)
Rating equipment helmet - sapa kepala keras macam batu sekalipun kena pakai jugak bila raft...kalau tak, tak dapek den nak nolong...
Life jackets
Pemerhati (observer) -- cuma tengok je...tak mengacau
Oars - pendayung. Sorang pilih satu, ikut warna yang anda suka...
Crew. Saya ada habaq dulu, Kebanyakan depa adalah Orang Asli Tempatan. Di Ulu Slim, crew terdiri dari Kaum Semai. Depa memang kuat, kuat betul...memang betul-betul kuat... Bos SIRIM yang pi pun kata macam tu... saya setuju... Satu lagi, diaorang ni humble, pemalu dan mendengar cakap. Bahasa orang Asli berbeza antara Semai, Senoi, Jakun, Sakai, Temiar bahkan depa pun tak paham antara satu sama lain, nak tau lanjut --- rajin-rajin dengar Radio Asyik. Posting lain nanti, kalau ada masa saya cerita pasal Orang Asli ni lebih lanjut...
Lia & Miza, join sekali mengikuti praktikal dari Kolej Komuniti Banting. So, kira lulus la...
Geng SIRIM yang terlibat dalam rafting, tengah pulun. Lapaq wooo lepas 3 jam dalam sungai...gambar ini di Khemah Makan Pos Bersih. Lauk pulak sedap, stail kampung habis...Team SIRIM ini juga menyampaikan sumbangan barang/mainan kepada Orang Asli & anak-anak mereka.
Anak-anak Orang Asli tunjuk skil terjun somersault. Yang baju putih kanan tu anak saya...
Birthday celebration @ the jungle... kira OK la tu...
Gambar di base camp, nampak deratan kereta yang kena tinggal kat situ.
Boleh masak telur. Bahkan air tu boleh buat teh tarik...Memang panas...Tapi heran, pasal ada spesis ikan haruan & ikan keli boleh hidup dalam tasik air panas tu...
.
.
OK la ye, harap Officer-in-charge Tarmizi dan semua pengurusan/kakitangan SIRIM (Shah Alam/Kulim) gembira/enjoy dengan sesi rafting ini. Jangan serik!!! Ada masa boleh pi Grik/Temenggor pulak...
.
(Harap maklum, gambar depa rafting - SIRIM Team-in-action - tidak ditunjuk di blog ini, kerana eksklusif untuk team itu)
.
Those interested to participate/join this outdoor activity ie rafting, please email us @ read HERE.
6 comments:
Seronoknya dapat buat aktiviti lasak macam ni..
come join us, ajak team 5 @ 10 orang. kita tengah ada promosi ini untuk april RM153 seorang.
rasa macam best je sekali sekali masuk hutan ni. nyamuk banyak ke?
best..best..rafting ni..suke lah..tapi cam takde masa je nak pg wat masa terdekat ni..mungkin lain kali..pernah dulu raft waktu belajar kat sungai sedim...best jugak
amy, kalau x nak nyamuk gigit x yah masuk utan.... dok je dlm kelambu.... hehehehe..... actually memang sronok masuk utan.... saya suka sesangattt.... nak join tapi budget lari jauhhhh........ next time laaa....
sori, overlooked.
amy, kalau tak silap memang tak de rasa nyamuk pun...
ila nursalida, ye lain kali pun boleh...
ayie75, kumpul dulu, dah cukup baru pecah tabung...anytime boleh.
Post a Comment