Saturday, March 7, 2009

T.Y.T Penang akhirnya rasmikan Masjid PTM

Akhirnya, tanggal Jumaat 6 Mac 2009 = 9 Rabiulawal 1430H (hari semalam), Masjid Al-Islah Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal dalam Daerah Seberang Perai Selatan selamat dirasmikan oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Beliau diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri 1 YB Mohamad Fairus Khairuddin.
.
Masjid ini siap dibina sekitar awal tahun 90-an (saya sendiri pun lupa dah, bahkan orang lama di sana pun lupa tarikh siap bina). Saya tak pasti jika AAAPIT ataupun "the Precious Moment" ingat atau tidak...? Masjid PTM ini terletak hanya lebih kurang 100 langkah sahaja dari rumah Atuk isteri saya dan 1,000 langkah dari rumah Atuk AAAPIT. Masjid ini asalnya berstruktur binaan kayu.
.
Nostalgianya Masjid ini ialah saya sempat mendirikan solat-solat semasa ianya masih berstruktur kayu + dikelilingi pokok getah dalam keadaan saya masih tidak mengenali cucu tuan rumah 100 langkah itu...




Kerja-kerja persiapan akhir binaan tambahan untuk jamaah



Moga Allah memberkati dan menurunkan rahmatNya kepada Masjid PTM ini dan para jamaahnya. Amin.

2 comments:

Tirana said...

Cantik masjid ni.. Azwari (http://purplecrayon08.blogspot.com/) mungkin ingat kot sebab dia pun tinggal di daerah itu. Yang saya ingat ialah Masjid Hijau sebab masa kecil dulu, saya dibawa mandi di masjid itu entah untuk apa sebenarnya..hehehe

tajudin said...

Masjid Hijau (Kampung Kedah)? Ustaz Lokeman Hazli asal situ. Dia mengajar di Masjid kami 2 minggu sekali. Dia pernah bercerita tentang Masjid Hijau tu...