.
.
.
.
LUMUT-BERUAS-TERONG-PARIT BUNTAR
Hamparan jalan ini
Tersimpan seribu kenangan, berdua
Bersama mengenali hati budi, dalaman
Bersama meredah
Jalan pra-merdeka
Yang pertama kali ku jejaki
Seumur hidup ini
Tidak pernah ku lalui sebelumnya
Jalan ini
Dan tidak akan ku lalui lagi selepas ini
Kerana bentuknya berliku panjang
Ditambah pula suasana senyap dan sunyi
Menggusar semua hati
Indah permai
Nyaman tenang
Gembira bersama si dia
Sepanjang jalan
Yang menyimpan pahit manis
Lipatan sejarah pahlawan terbilang
-tajmosa-
5 Sep ’95 - berbulan madu 3 pulau, berdua
*luv u dearest darling! happy anniversary! May Allah bless us always. May happiness will always be with us and family. luv u*