(Hanis, Hanif, Hanaa)
.
Dalam Tazkirah Subuh pagi ini, Imam II Ustaz Wan Adam menperjelaskan orang yang menpersiakan Ramadhan.
.
a. Orang yang berpuasa tetapi masih mengumpat/mencela.b. Orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan tarawih. Tarawih itu hanya hadir pada bulan Ramadhan sahaja. Seingga mengikut ulama Mazhab Syafie, Tarawih itu dengan sendiri boleh menjadi niat untuk berpuasa Ramadhan.
c. Orang yang berpuasa tetapi tidak bertadarus Al-Quran. Allah s.w.t melipatgandakan pahala bagi setiap huruf yang dibaca pada bulan Ramadhan. Bagi yang tidak fasih membaca (atau merangkak-rangkak atau tergagap-gagap), pahala baginya dua kali ganda lebih daripada mereka yang fasih membaca. Jika tidak mampu juga membaca, jadilah orang yang mendengar mereka yang bertadarus. Kerana dalam kelompok orang yang bertadarus itu, hadir para malaikat membawa rahmat dan doa.
(khusyuk Hanif dengar tazkirah sampai terlentok kepala tersandar kat dinding, ok la tu...)
---
Dalam khutbah Jumaat lepas, khatib mengingatkan bahawa sia-sia Ramadhan seseorang itu
a. dia berpuasa tetapi tidak menunaikan solat
b. dia berpuasa tetapi masih berjudi/menikam nombor ekor dan melakukan maksiat
c. dia berpuasa dalam keadaan tidak menutup aurat
Moga kita perbaiki amalan Ramadhan kali ini.
No comments:
Post a Comment