Sunday, August 16, 2009

Adik Nik Nur Madihah ke SIMDE

Petang Sabtu, PIBG SIMDE membawa adik Nik Nur Madihah (pelajar terbaik SPM2008 - 20A) ke SIMDE bagi memberi semangat rangsangan dan berkongsi ilmu/amalnya kepada para pelajarnya (dan juga ibubapa).

Jadualnya padat tetapi masih sempat ke SIMDE sebelum menyambung pelajaran ke Jordan mengikuti pengajian Fizik Islam tidak lama lagi.

(saya pernah blog tentang Adik Madihah ini ketika keputusan SPM dikeluarkan Mac lepas --- baca SINI)


Pencapaian Adik Madihah --- UPSR-5A, PMR(U)-10A + PMR-9A, SMU-10A + SPM-20A (lepas ni dah tak de student boleh ambik 20 subjek...)

(Nota saya) Melalui ceramahnya:

(1) Istiqamah memperbaiki hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia (2) Berpuasa Isnin/Khamis semenjak sekolah rendah (3) Sentiasa bertahajud/dhuha (4) Belajar/bertanya dan mengambil tahu (dari guru/rakan) setiap subjek walaupun tidak mengikuti kelas tuisyen (5) Tidak mengambil supplement, makan apa yang ada, ala kadar (6) Kasih pada ibubapa (7) Hormati guru dan ilmunya (8) Jauhi perkara haram & "budaya couple" di sekolah (9) Sentiasa membaca 2 muka surat Al-Quran sebelum membaca buku.
Memang petah/lancar Adik Madiha bercakap kendalikan sesi motivasi selama 90 minit. Tak seperti umurnya yang baru 17-18 tahun.
Bapanya, Nik Mohd Kamal Hussien (41 tahun) yang turut hadir (dari Kelantan) diminta beri nasihat kepada ibubapa SIMDE - berkongsi cara mendidik anak-anaknya.

(nota saya) 1. Beliau sentiasa istiqmah amalkan berdoa untuk anak-anak ketika dua khutbah dan waktu antara azan-iqamah. 2. Tidak memberi makan junk food/fast food & anak-anaknya banyak memakan "air tangan" ibunya. 3. Sentiasa menyanyangi anak, jangan dipukul/ditampar. Kalau masih melawan/degil sangat (jika masih budak-budak) mandikan anak itu dengan keadaan bapanya berselawat/baca ayat Al-Quran. <<<--- (oh ye!!! mak saya pernah buat ni kat saya dulu ni masa kecik-kecik...)
Buku Adik Madihah yang dijual --- Catatan Hati Nik Nur Madihah.
Gambar kenangan Adik Nik Nur Madihah (dua dari kanan) bersama Bendahari PIBG (kanan sekali) dan beberapa kaum ibu. (Nampak Hanis/Hanaa?)

---
Sebelum itu sebelah pagi PIBG anjurkan Program Jom Makan Buah - durian, pulasan, rambutan, dokong dan manggis.

Sambil bersantai, Dr. Nasir Musa (duduk kiri) dari Klinik Dr. Rosli memenuhi slot penerangan berkenaan merbahaya penyakit yang sedang menular/merebak sekarang --- H1N1. Ketua Biro Pendidikan PIBG (En. Ali Seman, berdiri kanan) mengacara program itu.
.
Lanjut, boleh rujuk web yang memberi fokus H1N1 di SINI.
(Terimakasih kepada doktor, sahabat & ibubapa yang menghantar email berkenaan penyakit ini).

2 comments:

Jard The Great said...

peh.. cemerlangnya student tu!! kagum aku.. ehehe

tajudin said...

JTG, ya, memang cemerlang. memang patut dikagumi/dicontohi.