JUMAAT YANG MENOKTAHKAN
Sakit ini menyiksakan
Tak tertahan menanggungnya
Pedih ke setiap inci susuk tubuh
Membunuh dengan perlahan
Membunuh dengan senyap
Siksanya tiada yang tahu
Terpaksa ditempuhi, sabar
Tiada menyusahkan anak, saudara
Dan semua
Tertanggunglah derita sendirian
Lambat lagikah Jumaat?
Sering terucap di hari-hari terakhir
Tetapi tiada siapa yang mengerti
Meneka maksud tersirat di hati
Semuanya rahsia azali
Benar, hanya diri mampu mengerti
Tahu
Kenapa lambat untuk bertemu Jumaat
Lalu
Benar
Seperti sering terungkap
Jumaat pun hadir
Dari Subuh menyinsing
Dan diri pun mulai nazak
Kata-kata sudah tiada
Nafas terputus-putus, tersekat
Dada naik turun, bertahan
Cuba bertahan
Dan bertahan
Hanya mampu bertahan dalam redha
Maha Suci Allah
Menetapkan segala kejadian
Lalu terhentilah nafas
Sejurus selesai solat Jumaat
Dan
Tercabutlah nyawa, untuk kesekian kalinya
Roh kembali kepada Yang Maha Esa
Moga dengan rahmat dan kasihNya
-tajmosa-
Sep '04
titipan mengenang hari terakhir pulangnya ke rahmatullah Ayahanda Mertua. Jumaat 17 September 2004 (2 Syaaban 1425) jam 2.15 pm. Kanser paru-paru. Al-Fatihah.
4 comments:
Al-Fatihah..
Terimakasih.
Selamat Berangkat Pulang kepangkuan ibunda sambut raya...
Al-fatihah. Juga saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada saudara Tajudin dan keluarga. Semoga kita dapat bertemu Ramadan di tahun hadapan. Wassalam. - Ariff Khalid, Hamilton, New Zealand.
Sdr Ariff Khalid --- terimakasih. selamat beraya! selamat beraya di tanah orang.
Post a Comment