Tuesday, September 29, 2009

siri bercakap dengan JIN

(borak dengan kawan lama teringat timbul cerita Tamar Jalis ni)

Saper kenal Tamar Jalis?

Tamar Jalis (tahun 80-an) tulis buku Siri Bercakap dengan Jin - banyak sirinya, semua orang (budak/dewasa) suka baca (macam Harry Potter). Ikut cerita Tamar Jalis, kisah yang ditulisnya kisah benar kerana sering ikut Atuknya berubat/mengubat/memulihkan orang kena rasuk/saka/sihir ETC yang berlaku di Perak (dan sekitarnya)

Itu dulu. La ni banyak sungguh cerita seram mutakhir ini yang lepas masuk TV. bila orang tayang cerita simulasi siksaan alam kubur / alam barzakh ramai orang merasuk marah mintak jangan dipaparkan. Dari orang atas sampai ke bawah semua melenting, padahal itulah cerita yang benar, bukan tahyul dan bukan mistik!!!


Tapi heran cerita seram boleh pulak jadi cendawan tumbuh. Boleh pulak masuk TV dan semua orang macam OK jer... segala cerita seram, cerita puaka, cerita saka, cerita sihir, cerita santau, cerita misteri, cerita mistik telah menguasai rumah, pawagam dan industri filem. Macam-macam ada ---anak betong, puaka niyang rapik, anak pontianak, susuk, saka, kekasih kuseru, zombie kampung pisang, pontianak harum sundal malam, waris jari hantu. ada pulak -- pocong 1, pocong 2.


ada KELIWON
tak lama lagi ada Gondoruwo


tu tak masuk cerita hantu jepun, hantu korea, hantu indon, hantu siam, hantu china, hantu mat salleh, hantu india...

===
OK

Kesan dia apa yek?

Cerita/movie seram seperti ini telah menyebabkan anak-anak jadi penakut --- itu yang saya nampak. suruh ambik air kat bawah/dapur, nak kena teman 3 orang (anak cuma ada 3 je...cuba kalau ada 6 -- enam-enam turun sama-sama pi dapur)



Cerita TV kena main peranan untuk bangun minda anak untuk jadi bersemangat/berani. masa saya kecik dulu, TV hitam putih (ha ha ha) ada tayang COMBAT

Semua budak berani nak jadi askar, semua cita-cita nak jadi askar, belukar tepi rumah jadi hutan/kem askar, cuti sekolah kita pi perang....setakat masuk hutan tak takut.

Alahai...kesian budak, anak-anak sekarang...

6 comments:

Anonymous said...

brader ada ingat tak citer hantu kum-kum.....)-

tajudin said...

Anon --- ya ingat, memang macam-macam nama ada. Yang tak best tu, nama hantu boleh pulak dihafal...

Anonymous said...

Taj, gimana caranya utk kita elakkan dari cerita2 hantu ni berleluasa....dan boleh lulus pulak ditayangkan dikaca2 tv dan pawagam. Cerita yang boleh memberi pengajaran tak pulak, alahai...........

tajudin said...

Anon 11.07, cara di pihak kita ialah tutup TV tu...

kepada pihak yang terlibat dengan industri drama/filem/penyiaran ialah cukup-cukup la tu...

Shah Jehan said...

Hehehe. Best jugak masa muda belia dulu baca cerita2 hantu melayu. lebih menggerunkan daripada hantu orang putih kat tv tu. ustaz lawan dengan bacaan Al Quran.

Saya teringat satu kisah seorang suami masuk hutan sebab isteri mengidam ada satu benda ni. suami kata dia takkan balik sehingga dapat benda yang dihajati isterinya ini. Sampai anak dia lahir dan besar pun suami ni tak balik-balik. Di hutan, suami ni, rupa bentuk pun dah berubah. Pokok tumbuh atas badan. Sudah jadi makhluk hutan gamaknya....

Benda halus, benda kasar, semua pun makhluk Tuhan yang menumpang atas muka bumi. Marilah kita semua hidup 1Bumi.

tajudin said...

SNJ --- itu belum cerita projek nak buat jambatan masa dulu-dulu...peh ngeri...

ha ha ha...1Bumi --- slogan baru tu...