Lanjut/terperinci/gambar baca Kosmo! di link SINILONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam.
Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.
Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.
Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.
Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.
"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris.
Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.
Biasa?
17 hours ago
10 comments:
Haha, macam dah tak wujud perempuan cun pulak kan. Mak nyah pun nak buat bini.
Dia dan dia dalam dunia mereka sahaja..
Melayu boleh!!!!
apa yang kita anggap pasal keaiban orang kita tau...macam mana pulak kita??? bagus sangat ke?
tuan, ini posting & nasihat yg baik, sama doakn agar segara sedar, kembali ke jln. yg Allah redho. doa jg utk diri & famili sendiri, insya Allah.
rda - ini dunia akhir zaman. Hadis Nabi banyak menerangkan hal ini tanda-tanda itu.
aapit - tak boleh dibiarkan hanyut, mana terdaya bantu/khabarkan berita. kepada sedara/kawan-kawan yang rapat, yang boleh kita maklumkan, kita kena bagitau.
ZZ - bagilah BOLEH pada benda yang baik/elok.
Alessandro - kita dilahirkan secara fitrah semua bagus/baik lengkap beserta panduan Allah. Sebaik-baik kejadian. Pilihlah samada dijalan Allah yang lurus atau terpesong.
Anon - ya. untuk kita semua. berdoa mesti untuk semua termasuk diri dan keluarga.
aaapit - minta maaf banyak-banyak. rasanya 6 Disember tak dapat pi Penang. kirim salam semua. harap majlis berjalan lancar.
Selamat Menjadi Raja Sehari, semoga bahagia dirahmati Allah hingga ke akhir hayat.
No problem cikudin..Tq Cikudin..
hai geli pulak baca benda mmacam ni iangat dunia mat salleh dah alih melarat dah orang melayu pun terikut
yen - melarat yang dibuat-buat. semua benda pun melarat...
Post a Comment