Monday, November 16, 2009

Manusia Perosak (8) --- (sajak)

MANUSIA PEROSAK (8)

Kerana tanah kau bergaduh
Kerana perempuan kau bertempur
Kerana harta kau bersengketa
Kerana pusaka kau menderhaka
Kerana berbeza kau berdusta
Kerana emosi kau menyepi
Kerana ego kau gelojoh
Kerana dara kau terlupa
Kerana adat kau melompat
Kerana agama kau merana

Apakah semua ini?
Apakah tiada akhirnya?
Berdamai berdamai berdamailah
Apakah tiada akhirnya?
Bermaaf bermaaf bermaaflah
Dari membawa dunia ke lembah sengsara
Dan selamanya
Dan selamanya, merana
-tajmosa-
1999

No comments: