Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007
KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama. Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.
Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya. Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.
Biasa?
13 hours ago
2 comments:
Si lahanat-lahanat tu dah kenyang dah..ni la sebangsat punya manusia..amik digadai..bukan setakat maruah diri,keluarga..negara sekali depa gadai..tembak ja abih cerita//..
ya, lebih jauh dari itu, kita patut bersedih sebenarnya...
Post a Comment