Saya dijemput menghadiri Konvensyen Institusi Keluarga Negeri Selangor 2009 diadakan sehari suntuk di Dewan Jubli Perak (tepi Bangunan SUK) Shah Alam yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kesimpulan saya --- ini satu Konvensyen yang sangat bagus, dan sepatutnya mesti dihadiri lebih ramai rakyat Selangor atau disampaikan maklumat terperinci ini kepada semua orang Islam di Selangor.
Antara Panel-panel yang bagi ceramah membentangkan kertas/pandangan adalah YBhg. Dato' Hj Kamaruddin Zakaria (bekas Imam Masjid Negara) - Institusi Keluarga Tonggak Masyarakat Berintegriti, Dr Robiah K. Hamzah - Stress Dalam Keluarga, Cabaran & Penyelesaian, YB Dato' Dr Hassan Ali - EXCO Selangor (yang juga perasmi Konvensyen), YBhg Dato' Hashim Yahya (bekas Mufti Wilayah) dan YBhg. Datin Aminah Zakaria - Formula Keluarga Bahagia.
Slot juga diisi oleh Tn Haji Aluwi Parman <<<-Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga JAIS (sefaham saya, kalau ada orang di Selangor nak kawin lebih daripada 1 isteri, kena dapat sign tandatangan/mengadap Haji Aluwi ini....)
Keseluruhan sesi adalah sangat menarik dan penceramah sangat HIDUP menjelaskan formula keluarga bahagia dalam pembentangan masing-masing. Terlalu banyak untuk dikongsi/ditulis dalam blog ini. Tetapi bagi kebaikan semua pembaca blog ini saya catatkan nota secara ringkas.
Dr. Robiah
Semua orang ada stress dan mesti dikawal. Peringkat stress (negatif)
-level 1 Emosi (bermain dengan perasaan/sangka - resah/gelisah, murung, bosan)
-level 2 Ilusi (mendengar sesuatu berkata-kata merangsang)
-level 3 Dilusi (mendengar dan boleh melihat sesuatu/orang yang berkata-kata)
-level 4 Halusinasi (tahap gila/sakit mental)
Beliau membawa kes benar seorang eksekutif Petronas yang membunuh isterinya beberapa tahun lalu sebagai contoh kisah hidup bagi menerangkan stress ini. Begitu juga dengan seorang Pak Cik yang ketiadaan anak yang telah hidup di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 26 tahun kerana tiada anak. Imiginasi Pak Cik itu melampau sehingga bukan sahaja dia mengaku dia ada anak, bahkan dia sudah pun bercucu. (Dr. Robiah terlibat dalam kedua-dua kes ini)
Allah jadikan horizon penglihatan kaum wanita ialah 180 degree dari sudut kiri hingga sudut kanan, sedang bagi lelaki, skopnya hanya lurus kehadapan. Itu sebab lelaki kena menoleh untuk tengok perempuan cantik di bus stop! Sedangkan bagi seorang perempuan, mereka tidak perlu menoleh/melihat, sudah tahu perempuan di meja sebelah memakai gelang besar!

Perempuan boleh berfikir banyak isu dalam satu masa - tapi tak selesai, sedangkan kaum lelaki hanya mampu berfikir satu isu dalam satu masa - tapi beres!
Dato' Kamarudin
Keluarga yang mempunyai isteri/ibu yang berceloteh/bercakap/membebel - itu adalah keluarga yang sihat. Anda akan pasti terasa jika isteri/ibu itu sakit/tiada lagi di dunia.
Salah satu cara menguji kepekaan isteri ialah letakkan bekas cawan kopi/minuman anda di atas TV! <<<--- tak sampai berapa minit, isteri mesti melenting --->>> cawan saper atas TV ni (padahal dalam rumah tu ada suami/isteri sahaja)
Ilmu masakini terlalu banyak, tetapi terlalu kurang yang mengamalkannya, berbanding zaman dahulu yang mana ilmu itu perlu dicari-cari.
YB Dato' Dr Hassan Ali
Mencerita kisah hidupnya sendiri untuk dijadikan panduan jika ada baiknya. Bapanya Imam Masjid, ibunya guru Al-Quran. Adik beradik 8 orang. Nasi/hidangan tidak akan dimakan selagi mana bapanya belum menjamah makanan (berbanding anak-anak kita sekarang). Pinggan/cawan/gelas bapa adalah sangat ditakuti untuk digunakan oleh adik-beradik yang lain. Bapanya sentiasa bersolat di masjid.
Anak-anak tidak berani lalu di hadapan tetamu ibubapa. Kalau lalu belakang pun dengan kata-kata - saya lalu belakang.
Bapanya ada sebatang ekor ikan pari (bukan rotan...) yang diguna hanya untuk dua sebab. (1) lambat solat (bukan tidak solat!!!) dan (2) jika bapanya terdengar ada anak yang membantah/meninggi /melawan cakap ibunya.
Dato' Hassan sendiri pernah saksikan abangnya yang melawan cakap ibunya disebat dengan ekor ikan pari itu sehingga terkeluar daging/isi sehingga ibunya sendiri menangis...
Pegawai-Pegawai JAIS/Dato' Hashim
Pasangan suami isteri kurang dalami agama. Tidak faham hasrat sebuah perkahwinan.
Ada suami/isteri yang bertengkar di hadapan pegawai Kaunseling JAIS sehingga memaki hamun, berkata lucah - BABI,CIPAN- dan sebagainya seperti tiada hormat dan tiada ilmu sedangkan sudah bertahun-tahun hidup bersama.
Semuanya sewajarnya berbalik kepada ilmu agama dan amalannya.

6 comments:
Baca konklusi dari cikudin pun dah rasa tersangat bermanafaat..tq cikudin..
who r u ek cikudin?
mrm btw,
saya pling tertarik dgn apa yg disampaikan oleh dr hassan ali
penah la gak pegi camping2x yg dia anjurkan time zaman sekola2x dulu (betul ke ek,ke saya salah org..ramai ke yg nama dr hassan ali?,hehe)
takpenah dgr pulak pasal konvensyen mcm nih..ouh maybe saya yg tak penah nak amik tahu,aduhai..
anyway,
keep it up,
:)
salam,
aaapit, tak cukup baca konklusi. tak cukup. kena sembang sambil makan deroyan musang king ha ha ha...
sbb, cikudin ni pak sedara aaapit he he he promote aaapit skit...
Ya Yang Berhormat Dato' Dr. hassan Ali --- orang yang sama dengan (dulu) buat camping/motivation.
Konvensyen tidak dibuka kepada semua orang. tapi kita boleh buat seminar di mana-mana tentang formula keluarga bahagia.
Thank you.
Assalamualaikum Din,
lama tak baca blog hang, tapi yang ni best gak. Thanks 4 sharing
Waalaikummusalam ARZ, pekabo hang, semenajak hang beli Merc, dah le aku hang tak jenguk, blog ni pun hang tak singgah...ish ish ish
InsyaAllah kalau aku gi kedah aku visit hang...
Post a Comment