Muar- (sebut) Muo.
Uniknya beraya di kampung kita kerana adanya MARHABAN. Tempat lain dah lama tak de...
Apakebendenya MARHABAN tu?
Hanif and co, tengah bergaya untuk ke acara MARHABAN (raya kedua sehari suntuk)
Parit ni dulu dalam/lebar, masa kecik-kecik parit ni jadi tempat kami buat latihan renang dan scuba diving he he he (berkubang), menimba ikan dan macam-macam lagi. Air parit ni dulu, bersih/jernih, harum dan tinggi parasnya.
1. Marhaban mengumpulkan semua saudara, tua muda, kecik besor, yang merantau dan yang jaga kampung dalam satu ketika, dalam satu uniform (baju melayu/samping), dalam satu aktiviti dalam satu nada (selawat) dan dalam satu suasana. CERIA!!! Semua orang blok dalam jadual Syawal mereka MARHABAN ini. sapa gi MARHABAN tak pakai baju melayu boleh kena PULAU wooo...
2. MARHABAN menyediakan pelbagai juadah kuih raya, makanan berat dan makanan ruji orang Muar (mee siput/sambal.... & mee bandung) dan macam-macam juadah lagi la... kena tanya perut, sanggup masuk ke tidak...
3. MARHABAN gabungkan Atuk-Atuk dengan cucu-cucu, piot-piot dan sebagainya.
4. MARHABAN diisi dengan selawat Nabi beramai-ramai dari rumah ke rumah dari pagi hingga lewat petang. Habis selawat, diikuti dengan doa. Semua orang boleh baca doa, orang muda dan orang tua. So masing-masing kena hafal/tau baca doa (nanti chief tunjuk, tak boleh baca camana?).
1. Marhaban mengumpulkan semua saudara, tua muda, kecik besor, yang merantau dan yang jaga kampung dalam satu ketika, dalam satu uniform (baju melayu/samping), dalam satu aktiviti dalam satu nada (selawat) dan dalam satu suasana. CERIA!!! Semua orang blok dalam jadual Syawal mereka MARHABAN ini. sapa gi MARHABAN tak pakai baju melayu boleh kena PULAU wooo...
2. MARHABAN menyediakan pelbagai juadah kuih raya, makanan berat dan makanan ruji orang Muar (mee siput/sambal.... & mee bandung) dan macam-macam juadah lagi la... kena tanya perut, sanggup masuk ke tidak...
3. MARHABAN gabungkan Atuk-Atuk dengan cucu-cucu, piot-piot dan sebagainya.
4. MARHABAN diisi dengan selawat Nabi beramai-ramai dari rumah ke rumah dari pagi hingga lewat petang. Habis selawat, diikuti dengan doa. Semua orang boleh baca doa, orang muda dan orang tua. So masing-masing kena hafal/tau baca doa (nanti chief tunjuk, tak boleh baca camana?).
(Actually, dulu lepas MARHABAN ada sedikit berzanji (aljannatuwana ee @ wamuhayyan...) -- sebelum doa, tapi telah ditiadakan kerana kesuntukkan masa)
5. MARHABAN boleh disekalikan dengan majlis potong jambul, tahlil ringkas arwah, doa selamat.
6. MARHABAN jadikan kita sihat (mesti fit) kerana selain guna suara, kita kena turun/naik/duduk/jalan dari rumah ke rumah (kalah orang main golf). (Hanif kepenatan pancit - orang berdiri masa MARHABAN, dia duduk je...ingat turunkan sikit berat badan tu)
7. MARHABAN membolehkan bapa bercerita dengan anak-anak/sedara keadaan kampung masa dulu-dulu
8. MARHABAN boleh update projek komersil di kampung terutama kepada yang dah merantau lama tu. Gambar tunjuk projek ternakan lintah/arnab daging/tekukur (herba/ubat)/gerai santan.
9. MARHABAN membolehkan anak-anak muda bergaya dengan baju melayu dari pagi sampai petang. (siap rayban sekali ko)
10. MARHABAN dapat jayakan aktiviti ziarah mereka yang sakit, tengah recover dan update perkembangan terkini/semasa orang kampung. gambar atas ialah anak muda kampung yang telah pergi selamanya kerana kemalangan jalanraya. sebenarnya ada ramai lagi saudara mara yang telah pergi dalam mas setahun yang lepas ini. Al-Fatihah untuk semua. (Ada juga beberapa gambar saudara mara yang sakit tetapi saya tidak upload dalam blog ini.)
11. MARHABAN membenarkan kumpulan ekor (orang dah keluar dari rumah, depa baru nak masuk tiba -- malas nak marhaban la tu) untuk makan sepuas-puasnya tanpa sapa-sapa marah, tuan rumah akan layan.
13. MARHABAN jadi tempat hasilkan kreativiti, tengok-tengok rumah sedara
14. MARHABAN merapatkan tali silaturrahim walaupun memimpin parti politik yang berlainan..!!!
15. MARHABAN mendidik anak-anak menjadi pewaris pelapis adat yang baik turun temurun dari atuk nenek kita ini. Bila korang dah beso, korang pulak lead OK? (tengok kocek depa tu, penuh duit raya)
16. MARHABAN membenarkan sapa-sapa bakar mercun/meriam, orang-orang tua pun OK je...(sampai nak terbakar pokok pun boleh)
Dah la ye, harap semuanya saya dah cover tujuan MARHABAN dan semua orang faham apa itu MARHABAN (selain dapat pahala kerana berselawat dari pagi sampai petang, pahala kerana ziarah orang, pahala kerana bermaafan, pahala kerana bagi budak-budak duit raya dan sebagainya).
Kaum ibu/wanita MARHABAN lambat sedikit, kadang-kadang Syawal ke-3 atau ke-4 atau ke-5.
(Nota: Oleh kerana orang yang membuka kampung ni ialah arwah atuk/nenek kami, maka semua yang ada dalam gambar di atas adalah Atuk/Atuk sedara pak/pak sedara, sepupu sepapat saudara mara kepada Hanis/Hanif/Hanaa)
18 comments:
bagus betul paparan kali ini. aku belum pernah join marhaban. Sayang sekali kat kelantan tak ada marhaban.
belum pernah join marhaban?
rugi hidup tu...tapi boleh diusahakan, pakat-pakat dengan orang kampung sedara mara...
kalau tak buat marhaban ni, alamat memang tak jenguk lah sedara mara, nak-nak yang jauh sikit tu...
alahai...sepatutnya thn nih turn muo..tp bigboss ubah schedule lah..dia nak raya kat bandar perda..
tp kalo balik thn dpn..agak2 umah arwah tok ada lagi dak aaa??hish...
p/s:- kalo dak bleh merasa mee siput..
aku pun dah lama tak merasa mee bandung n mee cput. after skul, terus x gi muo lg.
tahun depan kena ikut TJ join marhaban, boleh?
> aaapit, apa macam boleh tukar plan, tarak baik wooo itu macam...
rumah & mee siput insyaAllah tak lari punya
>> rhisham, sampai ati ko tak gi muar lagi, 25 ni turun la...
>>> amy, tahun depan sudah tukar turn la... mana aci balik muo je...
25 ni aku mmg x leh gi lah TJ. Bini aku dalam pantang lagi ni. tak sampai ati ah nak tinggal. nak bawak bini, baby plak mcmner. kecik lagi, x leh bwak jln jauh2.
bro rhisham, tahniah la ye... dari jalan jauh-jauh tu, ada baiknya jaga je bini dan baby tu, lebih afdhal...
raye aji ada marhaban tk??
rasenye mcm tk de.bole cube tk din
> sukacita dimaklumkan, raya haji tak de le marhaban kat kampung kami, orang sibuk dah sembelih lembu, takkan lah nak marhaban pulak... betul tak?
>> bersepakat, semua benda boleh dicuba diusahakan.
utk makluman TJ sebenonya aku sekmpg.sessi pagi tu aku tak dpt join marhaban.gambo kg tu mmg mengingatkan nostalgia.nampak kmpg tu mcm tenang je tp jalan sebelah parit tu sekrg paling sibuk krna ujung sana dah ada jpj.gambo 2 ujung sana pula dah ada hghway dr jambatan muo ke2.maklum le jln ni merupakan jln pintas dari mana2 ceruk.dulu sekitar th 70an jln ni cuma 2 buah keta je yg lalu iaitu keta pakcik aku(pcik TJ juga) dan keta wak Giman.jln pun msh laterite
ha ha ha ye ye ye, keter wak giman (arwah dah) warna putih (betul kan?)...
keta itam la,kalau putih abisla jadi warna merah.jenama austin of england.keta omputih.orang skrg dh tk kenal.plat J eje.no tk payah sebut la nanti TJ main tikam ekor plk.he he.oh ye ternakan lintah tu kat rmh sapa ye.tentang makanan ruji yang disebut tu aku teringat plk nama arwah atuk aku namanya Muji..alfatihah.utk pngtahuan TJ aku dpt berita lps maghrib tadi agak long sali (org tua aku)kesihatannya agak 'mencemaskan'tk sprti TjJ tengok masa marhaban aritu.
ye ye nombor keter jangan bagi letak dalam blog ni, takut ada orang menikam, aku juga yang dapat saham...
nanti update kesihatan wak long sali.
ternakan lintah tu di rumah ajis ishak (adik deris). kenapa tanya? nak beli sekilo dua ke?
tk de le nmpak le org kg tu dh maju mana tau nanti ada idea nk buat kerepek lintah plk.nk buat pati lintak pati jga.pasaran tk de mslh.deris dh ada pasaraya
kerepek lintah? peh, belum pernah dibuat orang... ngeri tu...
Post a Comment