Monday, December 8, 2008

Salam Aidil Adha

Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat berkorban. Berkorbanlah, berjuanglah apa sahaja, harta mahupun nyawa, untuk Islam, hanya untuk Allah s.w.t.
.
Ikhlaskan niat dan ikhlaskan perjuangan. Jangan niatkan kerana benda lain, tujuan yang lain, ideologi, semangat yang bukan kerana Allah. Ingatlah, melakukan ibadah/kebaikan kerana orang/makhluk -- itu adalah SYIRIK. Manakala buat ibadah/kebaikan kerana ingin menunjuk-nunjuk -- itu adalah RIAK. Apakah balasan mereka yang syirik/riak -- saya yakin, anda pun sedia maklum!
.
Semoga Allah memberkati semua pengorbanan kita semua. Hayatilah sentiasa pengorbanan Nabi Ibrahim, dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga, hayatilah pengorbanan para sahabat.

Salam Aidil Adha.

Hanaa buat/bagi kadraya Aidil Adha sendiri bagi ke family, penuh dengan pantun... dasat tu...zoom/klik nak tengok pantun si Hanaa...

Share sebahagian gambar lembu untuk qurban (korban)
Just for info -- buat korban ini adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut - menghampiri wajib - dalam mazhab Syafie). Manakala bagi 3 mazhab lain iaitu Maliki, Hanafi dan Hanbali - hukum berkorban ini wajib.
Pengurus lembu (he he he pakai baju merah, Hanif, nak kena kejor dek lombu la tu...)
Posing istimewa.
Volunteers (pekerja sukarela) yang beri makan lembu -- memang ramai (untuk sehari dua, boleh la... cuba kerja kat ladang lembu, semua tobat...tak sanggup)

Lembu ni garang/ganas sikit, agaknya selalu bebas kat ladang kelapa sawit, tiba-tiba hari ni kena ikat...!
Bersantai...!

Amalan gotong-royong diamalkan dalam program berkorban




Lapah-melapah...

Berkorban boleh dilakukan bermula selepas selesai solat sunat Aidil Adha (10 Zulhijjah) serta tiga hari Tasyrik (11-13 Zulhijjah). Tetapi selalunya depa selesai langsaikan pada hari raya je...


Dengar citer, ada Masjid di AU atau Lembah Keramat korban 34 ekor lembu. Peh, syukur Alhamdulillah, bagus orang area tu. Harapnya ramai penduduk yang sukarela bantu-bantu dari mula sampai selesai habis 34 ekor.
.
Kalau tak, alamat parah lah pegawai/AJK masjid nak kena lapah/urus 34 lembu sesama mereka...


6 comments:

Anonymous said...

walau 100 ekor sekalipun, kalau bantu muafakat sesaama ahli kariah, semua kerja ankan ringan

Unknown said...

100 ekor? kawan lapah sekor lembu pun amik masa 2 jam. 4 orang wat kerja. lepak syyioottt....

tajudin said...

amy, korban 100 ekor lembu satu masjid? orang kariah pun lari... masa pagi ramai lerr, cuba tengok kalau dah masuk kul 12...,

tajudin said...

sham, syabas! lambat cepat tak pe, yang penting ada semangat.

tapi rekod masa yang hang catat ni agak cukup mengecewakan... kena banyak latihan he he he

Unknown said...

mmg mengecewakan Din. Pakcik tuan punya lembu tu membebel mcm org naik gila. ader ker dia ckp kat kitorang bodoh cam lembu. anak dia ader sekali. aku ckp kat anak dia "kau bodoh cam lembu sbb bapak bela byk lembu".
lambat sbb lps sembelih ujan turun dgn lebat nya. nak cover lagi tuh

tajudin said...

banyakkan praktis, practise makes perfect bro.

tahun ni 1 lembu 4 orang dapat 2 jam beres.

tahun depan 2 lembu 4 orang 1 jam beres, kasi target tinggi punya.