Friday, May 8, 2009

Muhammad Hanan Nafiz & Al-Fatihah

Hari ini genap 6 tahun anak kami Muhammad Hanan Nafiz (Hanan) meninggalkan kami/keluarga, kembali ke rahmat Allah. Setianya kasih sayang kami kepadanya, sesetianya Hanan menunggu ibunya di pintu Syurga, Insya-Allah.

---

Takziah untuk seluruh keluarga Diana (rakan satu Batch di Universiti) kerana pulangnya ke rahmatullah suaminya, Allahyarham Ayub Ismail (senior kami 3 tahun), semalam. Allahyarham meninggal kerana serangan jantung dan dikebumikan di Tanah Merah. Khas buat Diana/anak-anaknya (yang lebih kurang sebaya dengan anak-anak saya), banyakkanlah bersabar dan redhalah atas ketentuan Ilahi ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayub Ismail.

6 comments:

Tirana said...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

tajudin said...

Tirana, Amin.

Giliran kita akan menyusul, tak tau bila. Moga sentiasa bersedia.

Unknown said...

setiap yang hidup pasti akan merasai mati. tiada cepat atau lambat walau sedetik.

Al fatihah.

tajudin said...

sham, ye, itulah sebuah kehidupan. sebuah perjanjian yang telah ditentukan.

aaapit said...

Al fatihah..

tajudin said...

aaapit, terimakasih.