Sunday, November 9, 2008

AL-FATIHAH & TAKZIAH

Takziah kepada Wan Maizulkhar dan keluarga atas kembalinya ibundanya, Allahyarhamah Mardiah Abdul Selan, ke rahmatullah, siang tadi. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan Allah s.w.t dalam golongan orang yang beriman dan dalam rahmat-Nya, Amin. Al-Fatihah.
.
Keluarga Wan Maizul rapat dengan keluarga saya kerana selain daripada Wan Maizul adalah senior saya di STSS, anak beliau Nurin adalah rakan baik/sekelas dengan anak saya Hanis sementara seorang lagi anak beliau Amal pula juga kamceng dengan Hanif. Ditambah lagi isterinya Rosmah yang bersahabat dengan isteri saya.
.
Semoga seluruh keluarganya bersabar menerima ketentuan Ilahi ini.

No comments: