Monday, November 17, 2008

LABBAIK ALLAH-HUMMA LABBAIK

Labbaik Allah Humma Labbaik, Labbaikala Syarik Kalakalabbaik, Innal Hamda Wannikmata, Lakawal Mulk La Syarik Kalak
.
"O my Lord, here I am at Your service, here I am.There is no partner with You, here I am.Truly, the praise and the provisions are Yours,and so is the dominion and sovereignty.There is no partner with You."
.
"Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu."
--
Musim Haji telah tiba lagi, banyak kenduri saudara, sepupu dan sahabat/rakan yang pi haji. Ada yang dapat dihadiri, banyak juga yang tidak. Apa pun, kepada semua jemaah haji, selamat mengerjakan ibadat haji, semoga mendapat haji yang mabrur (tiada balasan kecuali Syurga Allah). Semoga sihat, selamat pergi dan selamat kembali. Khas saya tujukan kepada Abang Long Kasri & isteri yang akan berlepas dari Bayan Lepas Pulau Pinang, esok. Juga kepada Zul (anak Wak Long) yang telah berlepas dari Senai Johor.
.
Melihat orang berombongan ke sana, memang menimbulkan rasa rindu yang teramat sangat untuk ke Tanah Suci semula. Sedikit gambar pengubat rindu ketika kami di Mekah/Madinah. Moga Allah permudahkan urusan kita semua (tuan/puan pembaca blog ini) untuk ke Tanah Suci (lagi).


Hanaa
Gambar dari tempat penginapan di belakang adalah Masjid Nabawi. Dari kiri -- Hanis, Mama & Hanaa

Masjid Nabawi

Perkuburan Baqi


Kubah Hijau itu adalah tempat Makam Nabi s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a..

Laluan pejalan kaki antara Masjid Nabawi & Perkuburan Baqi



Hanif di kedai 2 RIYAL. Jangan risau. Bahasa digunapakai di kedai-kedai di Mekah & Madinah ialah Bahasa Melayu.
Ja'ranah -- antara beberapa tempat Miqat/Niat Ihram selain Bir Ali (dari Madinah)

Jabal Rahmah -- tempat bersejarah Nabi Adam bertemu Hawa, setelah diturunkan daripada Syurga. Tempat makbul untuk berdoa. Di sini juga Nabi s.a.w terima wahyu terakhir pada Haji Wada' (Al-Maidah, ayat 3) -- "Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut pada mereka dan taubatlah pada Allah. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku penuhi akan ni'mat-Ku dan Aku redha Islam menjadi agamamu". Pada Haji Wada' itu, Nabi s.a.w menyampaikan Khutbah Terakhir >> klik SINI

Kalau tak silap ingatan saya, di latarbelakang Kaabah (luar Masjidil Haram) sebelah kanan ialah Hilton Mekah.

Gambar buah kurma yang dibungkus (macam kita bungkus buah nangka) untuk kekalkan kualiti.



YA ALLAH, murahkanlah rezeki kami & keluarga, saudara-mara kami dan para sahabat kami, permudahkanlah & kurniakanlah kami peluang & kesempatan untuk kami mengerjakan Haji dan Umrah, AMIN.

10 comments:

Anonymous said...

Aku pun turut mengaminnyer...


AMIIIINNN....

Anonymous said...

AMIN AMIN AMIN YA RABBUL ALAMIN

tajudin said...

> Moga doa kita semua dimakbulkan Allah s.w.t

>> Moga doa kita semua dimakbulkan Allah s.w.t.

Unknown said...

Alhamdulillah.
Mungkin masa aku akan tiba untuk ke Mekah.
Arwah mentua aku tak sempat untuk bawa aku dan isteri utk ke Mekah.

Al fatihah utk Haji Ab. Rahman Hassan yg telah kembali ke Rahmatullah.

tajudin said...

Al-Fatihah untuk Hj Abd Rahman Hassan.

Insya Allah, mu pi la dengan isteri berdua.

Sham, Abang Long Kasri tu ialah bapa kepada aaapit.

Unknown said...

Abg Long Kasri?
yg mana satu Bro Din?
Ada dlm blog ni ker?

tajudin said...

ye. abang long kasri tu bapa kepada bro. AAAPIT

aaapit said...

Amin..Doakan dipermudahkan segala urusan di sana,dikurniakan kesihatan yg baik,selamat pergi dan kembali..insyallah..ayahnda dan bonda akan kembali pada 3.1.09,0645,MH8261,Bayan Lepas

tajudin said...

Insya Allah, serah semuanya kepada Allah.

Unknown said...

amin.... semoga selamat semuanya.