bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata
tapi di hati tidak lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
moga kita dapat berjumpa di lain masa
---
Dalam gembira sedih dan sayu ibubapa yang bersama-sama menemani anak Tahun 6 mengambil UPSR & PSRA, tergambar bahawa selepas ini mereka semua akan mulai melangkah ke dunia yang lebih mencabar. Mereka akan tinggalkan guru-guru mereka yang mendidik mereka dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Mereka telah diberikan bekalan sewajarnya. Mereka akan melangkah ke Sekolah Menengah yang tidak tahu di mana ikut acuan/hala tuju/corak pelajaran mereka. Mereka akan tinggalkan kawan-kawan, guru, sekolah yang mereka sayangi dan akan bertemu rakan yang baru.
.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Kepada yang kurang cemerlang, teruskan usaha dan terus berjuang. Hidup masih panjang dan kalian akan dipertemukan dengan lebih banyak peperiksaan.
.
___
.
Murid sekarang ramai yang bijak, disokong pula oleh ibubapa yang berkesedaran dan mementingkan hidup masa depan anak mereka.
.
Ketika saya mengambil Penilaian Darjah 5 -PD5 (macam UPSR) dulu, tuisyen pun tak de, orang tua pun tak kisah kita belajar ke tidak, kelas tambahan petang / hujung minggu pun tak de, countdown (di papan hitam) pun tak de, jadual ulangkaji pun tak buat, bahkan tak tau pun PD5 itu mencorakkan hidup kita, solat hajat & majlis qiam pun tak de.
.
Bila tiba hari peksa, orang tua pun tak hantar. Kata-kata semangat pun tak de. Saya dan kawan-kawan pun tak kisah, pasal memang semua ibubapa tak de pun datang ke sekolah. Masuk peksa pun tak de pressure.
.
(tarikh result keluar pun tak ambik pusing - tak tau pun) bila results keluaq, cikgu panggil bagi slip. (semua orang tua tak mai sekolah pun...) . tahniah, cikgu kata. sekolah kita ada 2 orang dapat 5A!!!! Ya, 2 orang tu adalah saya dan sepupu saya --- HAMDAN Abu Samah. Kira rekod sekolah ni, kerana inilah kali pertama dalam sejarah sekolah itu ada pelajar dapat 5A. Tahun sebelum-sebelum tu paling tinggi pun 4A je...
.
Saya balik bagi tau orang tua -- saya dapat 5A. Orang tua senyum je, tak kata apa. Cium tak, tahniah pun tak, jauh sekali nak bagi hadiah duit 1A = RM100. Dan saya pun tak kisah. Saya cerita kat budak-budak kelas dan kawan-kawan lain sekampung yang saya dapat 5A, diaorang pun tak kisah. Dan saya masih ingat saya berkata dalam hati -- penting sangat ke 5A ni???
.
Lepas dapat results tu, ambik borang pun tak -- apalagi nak isi borang. Tapi dah rezeki, dapat terima tawaran-tawaran sekolah asrama.
.
Poin saya, saya dan Hamdan tinggalkan semua rakan-rakan/guru kami menuju sekolah berasrama penuh (boarding school), dan saya terputus semua rakan sedarjah saya dan guru-guru di sekolah rendah yang membentuk saya. Rakan-rakan sepermainan sekolah selama 6 tahun, rakan yang kongsi makan, main parit, tangkap udang kat sungai, main bola wakil sekolah guna kaki ayam je, basuh kereta Volvo (4 segi macam kotak) cikgu sama-sama, senda gurau bersama mereka dan pelbagai kenangan manis. Bila sekarang baru nak cari, susah. Ada yang pindah ke merata tempat dan ada yang dah meninggal.
---
---
Kepada semua pelajar Darjah 6, jangan diulangi kesilapan PAKCIK ini, keep in touch sesama rakan-rakan & guru-guru anda tak kira walau ke mana anda akan pergi selepas ini. Mereka semua adalah kombinasi ASAS didikan formal yang terawal kepada anda semua. Sayangi mereka kerana kalian diberi peluang hidup 6 tahun bersama-sama. Tulis alamat/hp/emel mereka, dan kalau ada peluang tanya khabar/jenguk/hantar surat/kad bila kelapangan/cuti sekolah kepada guru/rakan kalian.
6 comments:
ohhhh, awak bersepupu dengan hamdan abu samah...
ye. mana satu yang muka toyer???
guru tadika yg mengajar aku masa umur aku 5 tahun masih mengajar sekarang. adik aku yang berumur 5 tahun sekarang pun belajar ngan cikgu tadika tu.
Cikgu Rohani Abas - dari anak dara menjadi mak dara masih mencurah ilmu kepada tunas tunas muda.
sekali sekala mu bagilah kain batik ke, keropok lekor ke kat Cikgu Ani tu
yup...kne still contact they all..
mmg agak sdey la perpisahan ni..tapi btol gak yang lepas ni akn melangkah ke dunia yg lebih mencabar..tu yg takot tu...takot tersesat..tapi mintak dijauhkan la.. insyaallah semua yg dah dipelajari akan dipraktikkan 4 my life yg dah x skul ni..tq 4 promoting this post to me..meaningful!
worait, mana yang baik ambik & sebarkan kat kengkawan. mana yang buruk, pendamkan je...
Post a Comment