Monday, July 13, 2009

Ucapan Pembukaan Mesyuarat Agung PIBG

Ucapan Pembukaan Perasmian
Yang Dipertua PIBG SIMDE
--nama saya--
Pada Mesyuarat Agung PIBG 2009
12 Julai 2009 jam 9 pagi
Dewan SIMDE



Terimakasih Tuan Pengerusi Majlis
Bismillah
....
….
....
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul dalam majlis penting pagi ini untuk PIBG SIMDE.

Setinggi-tinggi terimakasih saya ucapkan kepada semua ibubapa dan guru yang hadir meluangkan masa menghadiri mesyuarat agung PIBG Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan pagi ini.
…….
…….
…….
Tuan/Puan Ibubapa & Guru semua

Tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibubapa & guru semakin hari semakin berat di zaman yang kian mencabar ini. Ianya bukan seperti zaman ibu dan ayah kita mendidik kita dahulu. Untuk membolehkan kita mengamalkan corak didikan ibubapa kita dan guru masa lalu bukanlah perkara mudah terutama di tahun yang mendatang ini. Di mana titik perubahan yang menjadikan tugas ibubapa semakin sukar. Adakah kerana zaman yang berubah atau kerana sistem pendidikan ataupun sememangnya kerana kesilapan ibubapa masakini dalam mendidik, mengajar dan mengasuh anak-anak?

Begitu juga dalam bab disiplin anak-anak kita, dari zaman pra-sekolah, sekolah rendah dan kini menempuhi alam remaja. Jika tanpa bimbingan yang sempurna bermula dari institusi keluarga dan disokong oleh sistem pembelajaran dan pembangunan akhlak anak kita di sekolah, sudah tentu lagi cepat anak-anak kita terjerumus ke arah yang tidak elok.

Oleh kerana itulah, hubungan dan kerjasama antara institusi keluarga dan institusi sekolah, hubungan antara ibubapa dan guru-guru perlu dipereratkan dan diambil berat.

Terleka atau terlalai salah satu pihak, akan menyebabkan ketidakseimbangan sistem kehidupan atau pembesaran anak-anak kita. Dan jika wujud ketidakseimbangan ini, maka kita dengan mudah boleh mengenalpasti di manakah punca kelemahan atau kesilapannya. Di kedua-dua institusi inilah wujudnya kasih sayang, tanggungjawab, pendidikan dan amanah.

Ada ibubapa yang terlalu kurang memberi kasih sayang.dan mengabaikan tanggungjawab mengasuh. Dalam ertikata lain, terlalai dalam kesibukan kerja hinggga terabai amanah sebagai ibubapa. Tidak kurang yang terlalu memberi kasih sayang yang melimpah ruah, mereka menutup kelemahan mereka dengan memberi sepenuh kemewahan yang berlebih-lebihan kepada anak-anak. Anak-anak kita tidak mahu bersusah payah dan mahu semuanya tersedia di depan mata. Dan ketika mereka mulai dewasa, sebahagiannya sudah mulai memijak kepala ibubapa dan guru-guru. Disiplin anak-anak kita menjadi kacau bilau. Yang rosak mungkin seoarang dua, tetapi tahap pergaulan luas dan tanpa bimbingan sempurna, akan menjadikan ramai rakan-rakan lain yang turut terjerumus sama.

Marilah kita renung dan fikirkan bersama. Janganlah kita alpa. Kerana cabaran anak-anak kita di masa hadapan pastinya lebih mencabar. Kalau tidak kita yang bekalkan mereka dengan ilmu/didikan/disiplin yang sempurna, nescaya kita akan saksikan mereka tersasar jauh dari landasan satu hari nanti.

Guru-guru di SIMDE mempunyai tanggungjawab besar mengajar ilmu kepada anak-anak kita. Tetapi ianya tidak mengurangkan atau melepaskan amanah dan tanggungjawab kita sebagai ibubapa dalam mengasuh dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh/solehah menjadi orang yang berguna dunia/akhirat. Marilah kita bimbing mereka bersama-sama. Tidak kira mereka itu anak dia atau anak si polan.

Oleh yang demikian itu, kita mesti sama-sama berperanan memperelokkan gabungan kedua-dua institusi ini dalam PIBG SIMDE kita. Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati usaha dan kemampuan kita semua ibubapa dan juga semua guru SIMDE dalam mendidik anak-anak kita cemerlang dunia dan cemerlang di Akhirat.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan terimakasih kepada semua AJK PIBG, Guru Besar dan semua guru-guru serta seluruh ibubapa kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung seperti yang dirancang. Matlamat PIBG kita adalah untuk saling bekerjasama dengan pihak SIMDE dalam membawa SIMDE ke satu tahap kecemerlangan dengan pelaksanaan program-program yang disusun oleh SIMDE dan PIBG.

Saya berharap kepimpinan PIBG SIMDE yang baru yang akan dipilih oleh ibubapa/guru hari ini akan sentiasa dapat mencetuskan idea-idea yang lebih baik mengikut keperluan dan perubahan semasa. Apa yang paling penting ialah Ahli Jawatankuasa yang baru nanti selain menjalankan aktiviti dan program untuk ibubapa/guru, dapat juga menyokong dan membantu pihak sekolah dalam membina SIMDE merealisasikan visi dan misi penubuhan SIMDE ini.

Saya dan AJK PIBG SIMDE 2007-2009 merakam ucapan terimakasih dan penghargaan kepada semua ibubapa/guru yang telah memberi kepercayaan kepada kami menerajui PIBG SIMDE bagi tempoh tersebut dan juga terlibat dalam semua program-programnya. Semoga usaha ini dapat memperbaiki silaturrahim sesama ibubapa dan guru serta anak-anak kita.

Bersama kita berdoa agar PIBG SIMDE akan terus bergerak aktif, membina dan cemerlang untuk tahun-tahun yang akan datang.
……..
……..
……..
Sekian, terimakasih.

No comments: