Baru saya tahu - Arwah Yasmin Ahmad orang Muar, lahir 1958 di Bukit Treh, Muar. Bila saya blog pasal Muar, saya beberapa kali menyebut Bukit Treh. Last sekali masa saya blog on Truly Muarian (baca SINI - jawapan bagi item 9 - Bukit Treh).
Muar terletak pada muara Sungai Muar. Pada asasnya mukabumi Muar adalah rata pada radius 10-15km dari Bandar Maharani (sebut: Bandar Muo) dari persekitaran Tanjung Gading, Parit Bunga, Tanjung Agas, Sungai Mati, Pergam, Jorak, Sungai Terap, Sungai Abong, Jeram, Kampung Tengah, Bakri, Parit Jawa dan Parit Bakar. Cuma Bukit Treh (4 km dari Bandar Muar) sahaja yang ada Bukit, tinggi bukitnya lebih kurang 3 batang pokok kelapa. Bentuk bukit itu jelas seperti kapal terlungkup (orang percaya itulah Kapal Si Tenggang Derhaka yang disumpah oleh ibunya). Memang sebijik rupa kapal terbalik, kalau saper ada masa, hang pa pi lah tengok dengan mata kepala hang pa sendiri nooo...
Oleh kerana seluruh radius Bandar Muar itu rata, dan Bukit Treh yang macam kapal terlungkup itu pula berhampiran Sungai Muar, saya juga percaya kalau bukit itu adalah sumpahan ibu Si Tenggang.
Kampung saya bersebelahan dengan Bukit Treh. Saya pun ramai sedara/kawan di situ (keluarga Pak Ngah, Nazri, Kamaruzzaman, Othman, Cikgu Mariyam, Nazariah, Noraini Awab/Alias, Nizam, Bahrain, Fadhli etc) . Itu belum masuk kawan kakak-kakak dan abang-abang saya. Masa saya kecik (sekolah rendah) ada beberapa kali saya memanjat Bukit Treh ini. Ada gua (lubang) di situ. Orang kata dalam gua tu banyak pinggan/mangkuk kepunyaan (kapal) Si Tenggang.
Saya tak berani nak masuk (takut tak leh keluaq he he he...) Nanti jadi anak Ahmad Albab pulak...
Dulu, sebelum ada Jambatan Muar ke-2 yang menghubung Parit Bunga-Parit Bakar (sebelum jalan hi-way membelah Kampung Bukit Treh tu), kampung itu sangat indah dan cantik. Ada sawah padi di kaki Bukit Treh. Saya rasa (pendapat saya) Arwah Yasmin mesti mendapat ilham kehidupan kampung itu untuk filem-filemnya seperti Mukhsin, Sepet dan Gubra. Dan ianya bukanlah filem-filem eksperimental <<<---(kalau ikut pendapat saya).
14 comments:
bukit treh ni yg mne plak??? emmm xperasan kot before this tp ade kisah tanggang tu cam menarik je hehe
btw,saya amat amat amat minat filem by yasmin ahmad sebab sgt special n meaningful :(
Cik Din, boleh kita buat lawatan ke Bukit Treh?
r u related?
the deint - tak jauh pun dari stesen bas muar tu. jalan salleh bt.1 atau bt.2 lebih kurang.
Anon 1.23, boleh lah kalau nak jalan kan luas pandangan. tak gitu.
takziah buat keluarga beliau... saya pun baru tau nih bila terbaca blog anda yg dia dari muar... iklan karya dan arahan beliau amat terkesan sekali...
Anon 5.27,relative? No, i don't know. This write-ups is more on Bukit Treh and Arwah. Nothing to do with your "conclusion".
Usrah Agro Farm - terimakasih kerana baca blog ini. Saya pun baru tahu juga.
UAF, saya link blog tuan dalam blogroll kerana terlibat dalam penternakan.
dah lama tak balik muar....
kudin, jadi anak ahmad albab best, boleh kaya, pakcik kaya )-
ultimaweaponx, raya nanti pakat-pakat balik lerr...rumah kampung dah kena cukai pintu, Tok Teh/Tok Cik pun bising...
Anon 7.50, jadi anak Ahmad Albab kena duduk dalam gua...mana larat...
Bukit Kangko, 10km dari Bandar Muar merupakan bukit pertama yg anda jumpa dalam perjalanan ke gunung ledang
Post a Comment