Thursday, November 12, 2009

FACEBOOK yang menikam jiwa...

Macam-macam gambo orang letak kat dalam facebook especially yang lama lagi nostalgik! Geng-geng lama letak gambo yang disimpan lebih 20 tahun...

Hanis, Hanif, Hanaa (dan juga pembaca blog ini), nak kongsi sedikit gambar yang dicilok dari Facebook yang di-tag.

Form Five - Class Monitor (Ketua Tingkatan). Seluaq putih sebelah tu ialah Rahman Samion (Dr.). Seluaq/Kain putih ialah pengawas sekolah...bila basuh kenalah depa sental kasi putih bersih...

Kiri sekali (duduk & necktie) ialah Cikgu Zamani Asnian (Ketua Warden merangkap Ketua Jurulatih Rugbi) . Saya pernah beberapa kali blog berkenaan Cikgu Zamani, cikgu yang paling garang dalam abad itu di Malaysia... (tak caya? cuba tanya budak-budak Sekolah Menengah Sains Pahang - Sultan Ahmad Shah...sebelum 1983). Bangunan belakang tu adalah gymnasium.

Bergambar lepas jadi champion rugby masa tahun tu...


OK, dah boleh cam? Lihat gambar atas. Sila cari saya ---the clue - first 10 standing from right...
(boleh bagi hadiah ni saper boleh teka...)
Cari lah den yang mana satu...
Saya petik kata sahabat yang paling aktif dalam Facebook, Datuk Shake (kiri sekali depan), verbatim...

"Sahabat-sahabatku..Mungkin suatu ketika dahulu, kita tidak diberi peluang utk mencoret atau melontarkan sesuatu utk dikongsi bersama. Kemudahan yg ada pada masa dahulu pun terhad, tiada hp utk sms, tiada FB utk berceloteh, dan tiada cybercafe utk duduk melanguk. Apa yg ade, hanya dinding-dinding tandas dan pelapik kayu (katil besi) yg dijadikan "papan hitam" utk menulis sesuatu. Oleh yg demikian, dgn adanya kemajuan dlm teknologi, kita optimumkan kemudahan yg ada dengan sebaik mungkin, kerana kita juga "tax payer".."
"Hampir ku terlupa.. bukan hanya setakat dinding tandas dan asrama, atau di pelapik katil, malah pernah juga dibuat sesuatu "tanda" di locker dan siling asrama. Tetapi yg paling mengejutkan apabila siling ...... dipecahkan utk tujuan "sesuatu perkara" yg tak pernah tercapai oleh akalku.."
Gambar beramai-ramai Tingkatan 5 - ada 200 orang tu... dalam kelompok 10 berdiri belakang dari kiri.. Tengok gambar latarbelakang tu...gersang yang amat...pokok paras lutut pun tak de...






Macam-macam orang ada dalam ni yang pegang macam-macam post, dari Sabah sampai ke Wilayah Iskandar. Kalau sebut takut ada yang tak percaya...

Yang tak de kat situ ialah kawan yang baru dapat jadik BOD Petronas je...
Aksi biasa di mana-mana dorm boarding school...
Tengok tray dewan makan tu...stainless steel...
Ini adalah gambar Arwah Mohd Nadzir Yahya, rakan se-dorm dan satu kelas dari Form 1-5, yang telah 20 tahun meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk Arwah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para solihin. AMIN.

6 comments:

4H said...

gambar abah yg ke-3 dan ke-14 hensem ;) haha

tajudin said...

Mama cakap macam tu ke?

aaapit said...

Cukup nostalgik..

tajudin said...

AAAPIT, selamat pengantin baru!!!

Ezam Kulay said...

Sdr. Kudin,
Terima kasih kerana sudi memetik kata-kata ku untuk dimuatkan dalam Blog saudara.
Shake..

tajudin said...

Kata-kata yang baik perlu dipetik, sepertimana bunga yang baik...tak gitu?