Samak perlu letak jawatan
BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memutuskan secara sebulat suara bahawa Perdana Menteri Samak Sundaravej (gambar) perlu meletak jawatan secepat mungkin.
Keputusan itu dilakukan berikutan penglibatan Samak dalam rancangan masakan televisyen dengan menjadi hos sekali gus yang melanggar peraturan.
Peraturan itu adalah menghalang Perdana Menteri memegang jawatan lain ketika berkuasa.
Undian di kalangan hakim sebanyak 9-0 itu berkuat kuasa serta merta tetapi Samak boleh kembali ke jawatannya jika dia mampu meyakinkan Parlimen untuk mengembalikan kedudukannya.
"Jawatannya sudah berakhir dan tempoh sah kabinet juga sudah tamat walaupun perlembagaan menyatakan mereka (anggota kabinet) perlu bertindak sebagai kerajaan sementara sehingga Perdana Menteri dan Kabinet baru dilantik," kata Hakim Mahkamah Perlembagaan, Chat Chawakorn.
Menurut perlembagaan, semua anggota Kabinet kecuali Samak akan terus melakukan tugas mereka sehingga Kabinet baru dibentuk.
Timbalan Perdana Menteri, Somchai Wongsawat, akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
Berikutan keputusan mahkamah itu, para penyokong Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) yang telah berkampung di pejabat kerajaan hampir dua minggu turut bersorak kegembiraan.
Samak, Samak.... sabor je la...tak pasai-pasai kena suruh letak jawatan.
.
No comments:
Post a Comment