CINTA SUKUN - BERCINTALAH SESUKUN-SUKUNNYA
Bukan niat ingin perli
Jauh sekali diriku irihati
Apalagi dikau ku cemburui
Apalah nak jadi dengan dunia ini
Cinta pun boleh dijualbeli
Oleh buah sukun goreng diumpani
Petang semalam buah sukun
Petang ini buah sukun
Petang esok pastinya buah sukun
Dijamahi bersama-sama - manja
Dengan gelak dan pelukan - mesra
Kata perbualan tidaklah penting - leka
Asalkan sukun goreng dikunyahi - bersama
Cinta sukun
Cinta sukun
Orang lain yang mempelawa pisang goreng
Pun
Tidak langsung si dia mahu berpaling
Bukan niat ingin perli
Jauh sekali diriku irihati
Apalagi dikau ku cemburui
Apalah nak jadi dengan dunia ini
Cinta pun boleh dijualbeli
Oleh buah sukun goreng diumpani
Petang semalam buah sukun
Petang ini buah sukun
Petang esok pastinya buah sukun
Dijamahi bersama-sama - manja
Dengan gelak dan pelukan - mesra
Kata perbualan tidaklah penting - leka
Asalkan sukun goreng dikunyahi - bersama
Cinta sukun
Cinta sukun
Orang lain yang mempelawa pisang goreng
Pun
Tidak langsung si dia mahu berpaling
-tajmosa-
1995
.
4 comments:
menarik sesgt wording dlm sajak nih..bersahaja simple tp...manariklah.....
ha ha ha bila baca sajak ni, nak ketawa pun ada, sedih pun ada....tapi memang ketawa yang lebih sikit..
sebuah sajak yang mempunyai jiwa.
> betul ke menarik? kerrr nak ambik hati. tq tq.
>> ada rasa sedih? jangan lah sedih, itu bukan sajak jiwang pun...
apit, guano nak masuk blog mu ni...
Post a Comment