Monday, June 16, 2008

Al-Fatihah Untuk Allahyarhamah Maya Hashim

Saya kehilangan seorang sepupu yang telah pulang ke rahmatullah. Jenazah Allahyarhamah Maya Hashim telah selamat dikebumikan di kampung halaman kami di Muar siang tadi.
Beliau meninggal di PPUM akibat kanser. Baru berumur 30 tahun, meninggalkan seorang anak berusia 3 tahun. Takziah kepada Pakcik Hashim dan seluruh keluarga.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah Maya. Al-Fatihah.
_

No comments: