Friday, June 13, 2008

tidak dapat dibayangkan

... i just can't imagine this!


Takziah dan simpati sangat-sangat untuk mereka.



Rintihan dalam api

(Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan)

UALA LUMPUR: Sepasang suami isteri hanya mampu meratap hiba mendengar jeritan dan rintihan tiga anak mereka yang terperangkap dalam rumah yang dijilat api sewaktu keluarga berkenaan nyenyak tidur, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4 pagi di Jalan 6A, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, pasangan terbabit, Nazwir Shamsudin, 48, dan Tengku Vivian Rosa, 44, tidak berdaya menyelamatkan tiga anak mereka, Navita Irdayanti, 18, Muhd Taufik, 15, dan Nurfatiha Rizki, 13, sejurus api membakar tingkat bawah rumah teres mereka.Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas itu menyebabkan dua daripada mangsa terperangkap itu, Navita dan Nurfatiha mati akibat sesak nafas selepas terhidu asap. Namun, Taufik yang melecur dapat diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat yang memecah jeriji besi tingkap atas rumah juruteknik Penerbangan Malaysia (MAS) itu.
Kebakaran dipercayai bermula dari ruang tamu rumah ketika keluarga berkenaan sedang tidur di bilik masing-masing di tingkat atas.
Nazwir yang berada di bilik tidur utama cuba menyelamatkan semua anaknya hingga cedera di kedua-dua tangannya. Seorang jiran, Abdul Mutalib Muharram, 60, berkata, keadaan api yang marak selain rumah terbabit dipasang jeriji besi menyukarkan beberapa jiran membantu mangsa.Tambahan pula, sesetengah jeriji terkena arus elektrik menyebabkan ia tidak boleh disentuh.“Bagaimanapun, Nazwir menggunakan seluruh kudratnya untuk mengopak jeriji besi pada bilik tidurnya sebelum menyusup keluar sambil mendukung anaknya, Mohd Hadi, 4.“Isterinya turut merangkak keluar dari lubang jeriji terbabit sebelum lari menyelamatkan diri dengan berjalan melalui bumbung rumah jirannya,” katanya.Keadaan bertukar menjadi hiba apabila pasangan suami isteri terbabit menyedari tiga lagi anak mereka masih terperangkap di rumah.Pasangan itu tergamam dan tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak mereka.Abdul Mutalib berkata, jiran boleh mendengar dengan jelas jeritan anak perempuan pasangan itu meminta tolong dari dalam rumah yang semakin marak dijilat api.“Dua jentera bomba bersama 14 anggota tiba 10 minit kemudian sebelum berusaha memotong jeriji besi pada tingkap atas.“Mereka menemui Taufik di tingkat atas rumah terbabit dan membawanya keluar,” katanya.Menurutnya, Taufik yang melecur selain hampir pengsan akibat terhidu asap dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, dua lagi anak mangsa, Navita dan Nurfatiha gagal diselamatkan. Mereka mati akibat terhidu asap.Mayat Nurfatiha ditemui di bilik tidur, manakala kakaknya di ruang makan di tingkat bawah rumah.“Kedua-dua jenazah tidak terbakar atau melecur. Bagaimanapun, keadaan mereka amat menyedihkan apatah lagi sewaktu dibawa keluar dari rumah berkenaan,” katanya.Sementara itu, jenazah dua beradik terbabit dimandi dan dikafankan di Surau Al-Mustaqimah, Taman Cheras Indah, Cheras di sini.Tengku Vivian Rosa dan Nazwir yang dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya selepas mendapat rawatan tiba di surau berkenaan sebelum jenazah disembahyangkan jam 4 petang. Ibu mangsa sempat menatap wajah jenazah kedua-dua anaknya itu buat kali terakhir, tetapi tidak dapat menahan sebak sambil diperhatikan sanak-saudara dan rakan dengan penuh kesedihan.Dia turut kedengaran meratap berulang kali: ‘Maafkan mama nak..maafkan mama nak’ sambil menitis air mata.Nazwir yang berbalut pada kedua-dua belah tangan turut berlinangan air mata mengenangkan kejadian menimpa anak perempuannya itu.Jenazah dua beradik itu dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, untuk dikebumikan jam 6 petang.Sementara itu, suasana di tanah perkuburan berkenaan diselubungi pilu ketika jenazah dua beradik terbabit dikebumikan dengan dihadiri kira-kira 100 orang.Nazwir yang ditemui dengan sedih memberitahu, dia terkilan kerana anak sulungnya itu tidak sempat melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang, 1 Julai depan.




Takziah.

3 comments:

Pengasas said...

Salam,
Sama-samalah kita bertakziah ke atas mereka dan mendoakan supaya mereka digulungkan ke dalam syuhada^.
Mengenai sekumpulan rakan yang ingin melihat ladang anggur di Lembah Klang, jawapan saya: setahu saya tiada ladang anggur yang proper di Lembah Klang ini.
Salam.

aaapit said...

Dkt dgn umah sy tu cikudin..menurut org2 kat taman tu..ada litar pintas kat umah tu...disebabkan grounding tak btui..so rajin2 check grouding kat umah masing2...tak susah tekan ja button TEST tu seminggu skali..

tajudin said...

>tq. terimakasih atas maklumat itu.

>>ooo kalau dah dekat tu, harapnya, ekau pun hati2 la ye... and tq for the info - tekan butang TEST - nak kena pi jenguk la pulak ye..