Wednesday, June 4, 2008

Pak Lah, apa lagi yang nak naik? habaq la..

saya baru balik dari Muar dan BP kerana ada mesyuarat/perbincangan. balik hari.

sebenarnya, dah 10 tahun saya tak ke BP. ........pi pagi ketika burung berebut-rebut keluaq sarang; dan tiba Subang Jaya jam 9.30 malam, ketika warganegara Malaysia kemaruk berebut-rebut masuk petrol station! .....on the way back dari BP pun saya dah terima sms dan phone call - petrol naik harga - confirm!
apa hal Pak Lah...? janji kata petrol tak naik, ogos la, tengah kaji la..tak de apa barang yang naik lepas election? apa ceriter? beras jasmine super 5 naik rega sampai rm10 - kata nak kawal lah, nak itu la...menteri tu kata kita akan pantau la, yang minyak naik akan sebabkan barang lain tak naik, kita akan pantau la... belum lagi minyak naik, barang lain dah naik... takkan la Pak Lah tak makan roti canai...
maka, makin ramailah yang setuju dengan Pakatan Rakyat bahawa undi BN = Barang Naik!
tindakan menaikkan apa jua harga >>> pada apa jua barang >>> pada apa jua alasan >>> pada apa jua rasional >>> pada apa jua tarikh untuk 2, 3 bulan ini = mengesahkan lagi akronim bahawa BN = Barang Naik. poin saya kat sini ialah slogan yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat itu, nampaknya tepat ke sasaran!
banyak yang saya nak tulih kat sini hasil dari phone call & sms tu, tapi tak payahlah, cukup cukup lah (..later later..) -- barang dah naik, nak buat camana...banyakkan berdoa.
tiba je rumah, isteri saya tanya, pi lah Q isi minyak. saya kata -- tak payahlah, kita isi minyak esok je... orang dah tak ramai Q...

5 comments:

Anonymous said...

tan sri,

marah nampak?
begitulah ceritanya....



yensetapak

Anonymous said...

dah terlanjur ke muar/bp, tak pekena asam pedas / baryani gam?

tajudin said...

> yang nyatanya, bukan saya sorang yang merungut, kecewa, marah, macam tak percaya, terkejut, urut dada...


>> memang pekena baryani gam, dan sebenarnya memang nak bercerita pasai baryani utk posting semalam, tapi hilang mood.

Anonymous said...

sejak barang naik ni...barang aku yang kureng naik...asik memikir..ape lagi ler yg nak naik!!!

tajudin said...

ohh bahaya tu...

rugi pun ye jugak...

banyakkan bersabar & berdoa. moga ada hikmah dan rahmat.