Saturday, August 2, 2008

......Doakanlah Kami.......

-----------
'Bukan kami yang kaya' - (kosmo!)


..............................Namun, itu hanyalah impian yang pernah ada kepada semua 37 petani yang bernaung di bawah projek Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM).
Bagi seorang petani yang baru dua tahun berkecimpung dalam industri ini, Wan Zali Nordin, 36, ‘statistik’ berkaitan permintaan pasaran sayur yang tinggi, keuntungan yang bakal dijana atau potensi profesion ini seakan sesuatu yang indah khabar daripada rupa.
Sebabnya? Dalam diam, golongan penanam sayur dihimpit oleh tekanan harga yang dikenakan oleh pihak peraih atau orang tengah. Selain itu, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai faktor lain terutamanya kenaikan harga bahan api dan harga baja yang melambung sehingga 120 peratus.
“Saya nampak peluang wujud dalam bidang ini berikutan galakan kerajaan supaya bumiputera terlibat dalam sektor pertanian. Maksud indah khabar daripada rupa itu ialah harga dan pasarannya.
“Sebelum ini, petani diberitahu bahawa permintaan terhadap sayur-sayuran sentiasa tinggi, selain pendapatan bulanan yang lumayan. Jadi, saya fikir perolehannya mungkin bagus berdasarkan kaji selidik pihak Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan Jabatan Pertanian.
“Laporan media pun nampak menarik. Tetapi, apabila sudah masuk ke bidang ini, barulah saya tahu cerita yang sebenar,” kata Zali yang sudah berhabis RM50,000 untuk mengusahakan tanaman sayur kangkung, sawi dan bayam.............................
.

baca cerita lanjut klik sini.
-----------
.
"Ya Allah, kau permudahkan mereka yang bersama-sama kami terlibat dalam sektor pertanian ini. Teguhkanlah keazaman kami, tetapkan semangat kami, perkuatkanlah usaha kami. Limpahkan rahmat dan keberkatan atas setiap usaha kami."
.
Sedikit pendapat saya:
.
Saya sangat faham dan bersimpati dengan rakan-rakan bila membaca artikel ini. Ya, kita dalam bidang yang sama. Saya bersahabat dengan rakan-rakan di Mardi, Pertanian, Jabatan Haiwan dan FAMA.
.
(pendapat saya) Statistik yang diperinci di Jabatan tersebut adalah satu benchmark. Statistik, pada dasarnya, tepat dan kajian menyeluruh telah dibuat. Bagaimanapun, ia tidak menjamin bahawa dengan statistik itu, kita dapat menembusi pasaran (target market). Apa yang penting ialah bagaimana untuk tepat menembusi pasaran (tembus satu bab, satu bab lagi ialah pada harga yang berpatutan dengan margin).
.
Contoh 1: jumlah bekalan kambing yang mampu dibekal oleh pembekal tempatan (Malaysia) ialah pada kadar 10% dari jumlah permintaan keperluan daging kambing seluruh negara. Dapat je statistik ni, kita pun terus ternak kambing. Tapi kita lupa pada pasaran - actual target market - di mana yang ada demand yang tinggi tu? - sapa pemborong, dah deal belum? - harga camana? kambing jenis apa? lokasi kita? dan sebagainya. ROI nya camana? boleh recover berapa tahun? Bahkan pada lokasi yang sama sekalipun, kalau target pasarannya tersasar, Si A akan lebih untung berbanding Si B. Saya ada 3 sahabat/kenalan yang bela kambing di lembah kelang ini -- yang 2 terus tembus ke pasaran (i.e rangkaian kedai mamak/India dan MAIS/JAIS) dan yang satu lagi sedikit tersasar....
.
Kalau dah invest RM50K, boleh tak dapat balik? Bila? Berapa banyak? Kalau tanam/ternak pada margin kecil, berapa kecil kita boleh consider?
.
Contoh 2: tanam cili (tak kira lah cili kulai ke cili padi ke cili 533, 633, 833 atau 933 ke yang bukan dengan cara fertigasi sepenuhnya - kira takde bumbung - kos murah sikit). katakan tanam untuk 1 ekar kos labur (hangus le ni, jangan ungkit-ungkit) = RM100,000. 1 ekar boleh tanam 5,000 pokok cili. selepas tanam 3 bulan, dah boleh mulai kutip hasil. purata 2kg/sepokok semusim. so dengan 5,000 pokok cili, kita boleh kutip 10,000 kg @ 10 tan.
.
kalau harga RM5/kilo, boleh le dapat RM50K gross.
kalau harga RM8/kilo -- tak pasal-pasal dapat RM80K gross.
kalau musim hujan, harga cili naik sampai RM10/kilo = RM100K gross.
kalau x de harga (jatuh) RM2.50/kilo = RM25K gross.
.
itu cili. itu pun belum kira lokasi -- kalau tanam cili kat Mersing (jangan marah orang Mersing -- saya bagi contoh je ni), sudah lari target tu.. harga yang tinggi di Perak/Penang/Selangor -- tapi tanam kat Mersing (yo lah... kat situ je ada tanah pusaka) maka sasaran sudah lari (sedikit).
.
kalau bayam/sawi/kangkung -- (maaf cakap) -- tak dapat harga tu...tapi yelah -- ada faktor lain, mudah tanam, cepat, makhluk perosak takde (kurang) -- income cepat sikit.
.
Tapi kawan-kawan semua, ada baiknya juga kita ingat, janganlah terlalu asyik sangat berkira -- akhirnya satu projek pertanian/penternakan pun tak berjalan -- lihat kadar risikonya, kalau boleh mitigate long term -- terus je usahakan. kalau tak, sampai bila pun tak buat, asyik nak kira duit labur je...letih tu..(letih mengira..)
.
Kepada semua rakan & sahabat yang terlibat dalam bidang pertanian ini (anda, saya dan kita semua) - tanam/ternak/bela/bekal/membuat/asas tani/agro-related, jadikanlah satu jihad. Kalau orang lain ada duit banyak pun sekalipun, tapi makanan tak de, semua orang akan susah/merana. Kita teruskan sahaja usaha kita dengan lebih baik & cemerlang, gunakan strategi yang lebih baik dan berkesan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua orang yang terlibat dalam bidang pertanian/penternakan di Malaysia dan dipermudahkan untuk terus berjaya, AMIN.

No comments: