Intipati Ceramah Sempena Israk Mikraj oleh Ustaz Roslan Che Rus - Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) - di Masjid Saidina Abu Bakar SS19 Subang Jaya - Jumaat Malam Sabtu 1 Ogos 2008
.
---
Hidupkan Rejab, Syaaban & Ramadhan kerana inilah bulan yang penuh kemuliaan, maka perbanyakkan amal ibadah & bersedekah. Amat malang dalam keadaan umur, pangkat, isteri, harta dan anak meningkat/bertambah-tambah tetapi amal ibadah kita masih tetap ditakuk lama - macam amal ibadah budak-budak. Jangan jadi orang yang rugi (Surah Al-Asr) - maka untuk elak kita rugi di dunia ini - tingkatkan iman, beramal soleh dan berpesan/nasihat pada yang hak/sabar.
--
Ustaz terang serba sedikit keadaan Tanah Arab
Jaddah - Datuk Perempuan (Jeddah mengambil sempena Hawa diturunkan dari Syurga), Jaddun - Datuk Lelaki
(tapi amat malang, orang Melayu gunakan ini sebagai perkataan maki hamun - HARAM JADDAH - dan jelas tidak betulnya)
.
Selepas diperintah keluar dari Syurga, Nabi Adam diturunkan ke India, sementara Hawa diturunkan di Jeddah (mengambil sempena kisah Hawa) mereka akhirnya berjumpa di Jabar Rahmah (Padang Arafah).
--
SOLAT -- satu-satunya perintah yang yang disampaikan terus oleh Allah kepada Nabi semasa peristiwa Israk Mikraj. Solat itu umpama barang yang sangat berharga dan tidak boleh dikirim-kirim (melalui Malaikat Jibrail) perlu disampaikan terus dari pemberi kepada penerima. Solat itu tiada wakil dan menjadikannya tidak boleh diwakilkan. Tidak seperti PUASA, HAJI & ZAKAT -- sehingga kita mati pun, tiada orang boleh meminta Solat itu diwakilkan kepada orang lain. Kalau tidak boleh berdiri, duduk, baring atau isyarat. Bahkan Nabi s.a.w sendiri pun sehingga saat akhir hayatnya pun, menasihatkan umatnya tetap dalam menunaikan Solat.
HAKIKAT ISRAK MIKRAJ - PERTAMA
ISRAK MIKRAJ itu sebenarnya adalah hakikat perjalanan hidup semua umat manusia yang ingin dijelaskan oleh Allah melalui Nabi. Pada bila-bila masa sahaja kita akhirnya akan berjumpa dengan Allah. KIta semua akan mikraj kepada Allah, moga-moga dalam keadaan yang terbaik selapas kita melalui alam roh-alam dunia-alam barzakh-alam akhirat.
.
Kejadian manusia (firman Allah).
40 hari pertama - dalam bentuk air (mani)
40 hari ke-2 - ketulan darah
40 hari ke-3 - sempurna dengan roh. ditentukan rezeki/ajal maut. tarikh mati telah ditentukan sebelum daripada tarikh lahir.
.
Perbanyakkanlah amal, kembalikan kepada Allah dengan hati yang sejahtera (firman) lengkap dengan amalan/iman kerana dengan amalan itu yang akan digunakan untuk menjawab soalan-soalan malaikat di dalam alam barzakh dan seterusnya alam akhirat.
---
.
Beliau mengingatkan adab-adab melawat orang sakit -- (1) beri mereka harapan yang baik untuk sembuh, minta mereka bersabar (2) doakan mereka untuk segera sihat (3) jangan menziarah terlalu lama.
.
Beliau membawa satu kisah (jenaka) -- ada seorang rakan (pak A) menziarahi kawan baiknya (pak B) yang terlantar sakit tenat/nazak.
.
pak A: ishh, aku tak tau la kamu ni, kalau kamu mati sekarang ni, apa lah kamu nak jawab kat malaikat. sembahyang tak, puasa tak, asyik mikat burung je. kalau kau mati ni, teruk kau kena belasah dengan malaikat pasal tak boleh jawab soalan malaikat.
.
pak B: (terkejut/pucat - tak sangka kawan baik yang ziarah dia cakap macam tu).
.
pak A: baiklah, aku balik dulu, risau pulak aku nak tengok keadaan kau bila malaikat maut cabut nyawa kau. kau pikirlah apa kau nak jadi dalam kubur nanti.
.
selepas pak A balik, pak B pun panggil anak-anaknya, minta dibelikan segera kain kafan.... (anak-anaknya terkejut - tak sangka) mereka pun beli & bawa balik kain kafan. pak B suruh anak-anaknya tuliskan siap-siap soalan-soalan malaikat beserta jawabnya sekali dihujung tepi kain kafan
.
soalan 1: siapa tuhan kamu
jawapan: Allah Tuhanku
soalan 2: siapa nabi kamu
jawapan: Muhammad Nabiku (...dan seterusnya)
.
pak B berwasiat pada anak-anaknya kalau dia mati, jangan lupa, hujung kain kafan yang tertulis soal/jawab ini diletakkan di atas dadanya. anak-anaknya semua mengangguk. tak lama selepas itu, pak B pun meninggal dunia, anak-anaknya semua sedih hingga terlupa meletakkan hujung kain kafan yang telah tertulis draf soal/jawab di atas dada bapa mereka.
.
apabila jenazah pak B selesai dikebumikan, 2 malaikat pun datang dalam alam kubur dan dengan suara gegak gempita terus bertanya pak B.
.
malaikat: siapa tuhan kamu?
pak B: (sambil senyum dan relaks sahaja terus belek hujung kain kafan kat dadanya dan dengan konfiden terus menjerit...).....MADE IN CHINA...!!!!
---
Ustaz Roslan menerangkan bahawa soaljawab itu bukan untuk dihafal/ditulis. hanya amalan baik kita yang berguna untuk menjawab soalan-soalan malaikat bahkan mulut kita pun sudah tidak boleh berbicara lagi.
.
3 perkara (HADIS) yang mengikuti jenazah ke liang lahad (kubur) -- ahli keluarganya, harta bendanya dan amalannya -- yang lain semua akan balik kecuali yang tinggal bersamanya di dalam kubur hanya amalannya.
.
Tiada sesiapa pun yang ingin dikebumikan bersama jenazah itu walaupun isteri/suami/kekasihnya walaupun mereka pernah berjanji sehidup semati suatu masa dahulu
.
HAKIKAT ISRAK MIKRAJ KEDUA
.
Allah ingin memperlihatkan kepada semua manusia bagaimana ingin berjaya di dunia dn akhirat. (Ustaz minta rujuk kitab kifayatul mukhtar) .
.
a. Sepanjang perjalanan ISRAK (diumpamakan perjalanan hidup) Nabi dikejar oleh iblis/jin dengan obor yang menyala. Ini membawa maksud, hidup kita tidak akan terlepas dari gangguan syaitan/iblis yang sering menghasut menyesatkan manusia. Syaitan itu dalah musuh kamu yang nyata (Surah Yassin).
.
Syaitan/iblis telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia supaya bersama-sama mereka di dalam api Neraka kita di Akhirat nanti.
.
b. Nabi turut diganggu ketika ISRAK itu oleh manusia (Yahudi/Nasara).
.
c. Jangan mengagongkan duniawi dan segala apa yang ada di dalamnya.
.
Ustaz membawa kisah sahabat Nabi sendiri - Sa'labah. Sa'labah ini miskin papa kedana tetapi sentiasa ada dalam solat jamaah bersama Nabi setiap waktu. Dia meminta Nabi doakan supaya dia menjadi kaya. Selepas Sa'labah menjadi kaya, turun perintah wajib ZAKAT, tetapi Sa'labah enggan memberinya, lalu dia tergolong dalam orang-orang yang hina/rugi.
.
Jadikanlah dunia ini untuk mendekat diri kepada Allah, beramal soleh, supaya kita menjadi bahagia di Akhirat nanti.
(8.00pm-9.30pm)
No comments:
Post a Comment