.
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban (bermaksud setengah bulan Syaaban). Dalam tazkirah Ustaz Lokeman Hazli malam Jumaat lepas (Kuliah I'itiqad Ahlu-Sunnah Wal-Jamaah) di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, SS19 Subang Jaya, Ustaz memberitahu amalan yang dituntut dilakukan pada malam ini ialah
.1. Solat Sunat Nisfu Syaaban.
2. Baca surah Yassin sebanyak tiga kali (3x) selepas Solat Maghrib. Baca Yassin pertama untuk mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. Yassin ke-2 --- mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. Ke-3 --- mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa sunat pada 15 Syaaban..
Menurut Ustaz, malam Nisfu Syaaban adalah hari buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (malam 15 Syaaban - malam ini).
.
Malam ini adalah sangat barakah (selepas Malam Lailatul Qadr) untuk beramal & berdoa. Antara waktu berdoa yang dimakbulkan Allah termasuklah:-
a. Malam Al-Qadrb. Malam Nisfu Syaaban (malam 15 Syaaban)
c. Malam Jumaat.e. Malam Aidil Adha (Hari Raya Qurban)
f. Malam Aidilfitri (Hari Raya Puasa)
g. Malam pertama bulan Rejab (malam 1 Rejab)
.
.
.
+
(nota: masih teringat kata-kata Ustaz Lokeman tentang Jin --- (verbatim) kalau teringin nak tau Jin ni ada atau tidak, boleh ikut saya ke masjid tempat saya iaitu Masjid Kampung Kedah atau Masjid Hijau di Parit Buntar. Tidurlah satu malam di dalam masjid itu tanpa wuduk, saya boleh gerenti, esok pagi tuan/puan akan terjaga dalam keadaan berada di tepi kolah di luar masjid....)
++
2 comments:
i learned more about nisfu syaaban at samura.before this if org ckp nisfu syaaban cam meaningless 4 me..but in samura,it's meaningful.yup,bace yassin 3 kali tu mst ada wat kat skul...then feeling tu laen macam la...thanks to samura....
semua perkara yang baik, elok dibuat banyak-banyak, jangan kisah cakap orang sikit2 mengarut etc
Post a Comment