Thursday, August 28, 2008

TAHNIAH DSAI & KEMPEN BN SUDAH BASI

Tahniah & Syabas kepada YB DSAI yang akhirnya bersetuju untuk bersumpah juga di Parlimen pagi tadi...!

pic from DSAI's blog


I read DSAI's AR. In this book published in 1996, DSAI wrote:

"i grew up in a time of great social transformation wherein the interplay of ideas and events coincided with the rise of student activism, religious revivalism and political turmoil. Not content to be a mere bystander, i chose to be an active participant instead.............................i emerged.............................i have no regrets......"
.

.
Ramai pemimpin (pro/anti) bagi pendapat dengan kemenangan DSAI ini. Tapi kawan suka pulok dengar komen YB Muhyiddin - meh tengok.




Don't View Anwar's Victory Lightly, Says Muhyiddin
SINGAPORE, Aug 27 (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) should not take lightly the victory of Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim in the Permatang Pauh parliamentary by-election, said Umno Vice-President Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin said he was concerned that the voters' decision to give victory to the opposition would become a trend."Although it was just a by-election, it could be an indication of a trend that the voters had already decided that they wanted change even if they didn't know what the changes were, and refused to accept BN's leadership," he told Malaysian journalists here.Muhyiddin, who is International Trade and Industry Minister, was here to attend the Asean Economic Ministers Meeting.He said BN and Umno should conduct a post-mortem and take steps to speed up Umno's reinventing process as well as measures to rebrand the BN with new approach more acceptable to the people.According to him, this would require the BN and Umno to re-evaluate whether their approach to campaign was already "stale and no longer acceptable to the people."


===


Menurut beliau, ini memerlukan pendekatan yang perlu dilakukan oleh UMNO dan BN dan menilai semula sama ada cara ia berkempen “sudah basi dan tidak diterima rakyat” lagi. “Ini jelas bahawa kita perlu buat satu perubahan cepat, corak, daya dan perubahan organisasi kita dan cara kita,” kata beliau. Selain itu, kata Muhyiddin, keputusan itu juga menunjukkan bahawa cara berfikir pengundi sudah berubah di mana mereka mahu “satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama...UMNO perlu bersedia buat perubahan.” Bagaimanapun, beliau berkata, kemenangan Anwar itu adalah sesuatu yang dijangkakan dan harus diterima kerana ia adalah merupakan suara rakyat. Katanya, kemenangan itu bermakna pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan di bawah sistem demokrasi yang perlu dihormati semua pihak. “Mungkin apa pun yang dikatakan tentang Anwar, orang tak percaya dan pengundi tak percaya. Penjelasan yang dibawa oleh pemimpin kita tak diterima, seolah-olah keputusan yang dibuat awal- awal yang mengatakan BN tak akan menang dan PKR akan tahan (mempertahankan) kawasan itu,” katanya. PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam. Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi. Sebanyak 447 undi rosak. – Bernama




-- STALE = BASI --
.
Ini komen yang membina dan paling pedas rasanya. YB TSM bagi komen di Bernama @ Singapore. Ehem, nak tanya YB TSM ni -- basi yang YB refer ni pada content kempen BN/UMNO ke ATAU pada chief yang anchor kempen.
.
Kalau pada content - apakah kerana rakyat jelak kempen melampau, apakah pasai gelagat, ada indication mesej, etc. Dan kalau pada chief - apakah kerana ambik hati , orang atas sendiri , ketuanya sendiri , pukul semua sekali....

.

Maaf cakap, saya sendiri melihat kempen omok-omokan yang berterusan dan keterlaluan media cetak, TV dan radio PUN menjadi penyumbang kempen basi BN ini. Dan ini menambah lagi pengundi meluat sampai nak termuntah.



2 comments:

Anonymous said...

muntah? muntah hijau ke muntah darah.

memang geli dengan kempen yang basi tu.

tajudin said...

benda yang dah basi, jangan digula-gula bagi kat orang, tak elok tu...kalau makan, buat orang sakit perut je....