Saya blog ciri-ciri menjadi IMAM ini kerana teringat EMPAT (4) perkara:
.
.
1. Kalau kita balik kampung musim raya ni dan solat Raya di kampung, memang terdapat (terutama kampung saya) yang pak IMAM, sebelum solat, akan bangun dan mempelawa mereka yang ingin memimpin solat (Aidilfitri/Aidiladha). Maklumlah, ramai yang dari luar daerah balik kampung mempunyai tahap didikan/ilmu agama yang tinggi, maka IMAM merendah diri mempelawa individu yang rasakan dirinya lebih layak untuk menjadi IMAM.
.2. Saya teringat satu peristiwa di sebuah masjid, IMAM yang bertugas, walaupun hadir tetapi tidak sihat (tak fit) kerana (kalau tak silap saya) IMAM itu demam & kaki (peha) nya sakit (sukar untuk rukuk/sujud). Maka beliau meminta INDIVIDU yang boleh memimpin solat Maghrib/Isyak ke depan gantikan beliau.
.
3. Saya teringat satu peristiwa di sebuah masjid di mana IMAM & BILAL ditakdirkan tidak hadir (kerana sebab-sebab kesihatan), maka seorang AJK Masjid mempelawa INDIVIDU yang boleh menjadi IMAM ke depan.
.
4. Saya teringat ada seorang pemimpin PAS (maafkan saya kalau saya salah recall cerita ini, lupa dah namanya, lama dulu, kalau saya salah quote, sila lihat hasratnya) yang menegur/menasihat ahli/anak buahnya/orang Islam keseluruhannya supaya pemakaian serban/jubah (walaupun ianya SUNNAH) mestilah diselaraskan dengan ketinggian ILMU. Dengan lain perkataan, pakailah serban/jubah tetapi mestilah disekalikan/diisi dengan ILMU di dada kerana ia dapat mencerminkan/menyerlahkan keperibadian/keunggulan ilmu si pemakainya.
---
---
Dari Dr Abdul Salam Muhammad Shukri , Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, antara syarat sah IMAM atau jemaah ialah:
(1) Islam
(2) Berakal
(3) Cukup umur
(4) Lelaki yang sebenar (sejati) sekiranya makmum di kalangan lelaki dan khunsa.
(5) Suci daripada hadas dan kotoran.
(6) Baik dalam bacaan dan mengerjakan rukun.
Solat tidak sah di belakang imam yang bisu, mengikut imam yang tidak berupaya rukuk, sujud, duduk dan mengadap kiblat kecuali makmum sama juga dengan keadaan imam. Sekiranya imam tidak mampu, tidak sah menjadi imam kecuali apabila makmum dan imam sama-sama uzur.
(7) Imam bukan seorang makmum.
.
Selain itu, imam yang paling layak di kalangan anggota masyarakat adalah berdasar dua kategori utama iaitu sama ada berdasarkan:
(1) Orang yang paling faqih dan alim mengenai hukum solat atau
(2) Orang yang paling baik bacaan dan tajwidnya.
---
---
a. Saya pernah mendengar Ustaz Akhil Hayy berkata antara ciri IMAM selain tepat/sedap bacaannya, IMAM itu juga mestilah lebih elok wajah/peribadinya (kira-kira hensem/kemas/rapi). Maksudnya kalau ada 2 orang yang mempunyai semua ciri-ciri menjadi IMAM (kira-kiranya keputusan semua dah seri) maka pilihlah yang lebih hensem.
b. Saya ada seorang rakan (di opis lama). Pada suatu hari (hari Jumaat) dia maklumkan minta kebenaran untuk keluar awal. Rakan-rakan tanya -- kenapa? nak pi mana? nak bentang sejadah kat masjid ke? nak isi air kolah kat masjid ke? (macam-macamlah perli sinis). Dia kata -- hari ni dia kena baca khutbah. Kawan-kawan yang dengo semua ketawa (kira tak percaya lah). Lepas dia keluar, akhirnya rakan-rakan pun terasa nak pi ke masjid yang dimaksudkan (masjid terkenal kat Shah Alam) nak check betul ke mamat ni pi baca khutbah. Ya Allah, memang betul, kawan opis tu lah yang naik mimbar baca khutbah!!!! Terkejut kawan-kawan. Diam diam dia, rupanya dia Setiausaha Agong sebuah pertubuhan Islam...
.
c. IMAM adalah pemimpin dalam solat. Dan MAKMUM pun (terutama yang beberapa orang yang berdiri di belakang IMAM) -- ada ADAB yang perlu dituruti. Saya pernah beberapa kali berjumpa dengan IMAM-IMAM yang menukar tempat solat MAKMUM di belakangnya. Bayangkanlah kalau IMAM itu seorang al-HAFIZ (macam solat Tarawih) dah tentu dia perlukan beberapa al-HAFIZ di belakangnya. Begitu juga tempat BILAL dan MAKMUM yang lebih alim dan tinggi ilmu agamanya serta kuat/waras daya ingatannya. (kena buka topic satu lagi ni... ADAB MAKMUM... later later)
d. Semua orang sepatutnya boleh menjadi IMAM solat. Setiap lelaki pula sepatutnya menjadi IMAM pada keluarganya/di rumah. Tetapi, sebenarnya (pada pendapat saya) memang ada bezanya antara menjadi IMAM kepada keluarga @ di rumah @ 10-20 orang @ kawan/sedara @ IMAM tepuk bahu (masbuk) -- dibandingkan dengan menjadi IMAM kepada 50 @ 100 @ 200 @ 500 @ 1,000 orang MAKMUM dari pelbagai latarbelakang. Cubalah. Anda akan terasa macam ada SAUH (anchor) yang berat tersangkut pada bahu anda.
No comments:
Post a Comment