TAKZIAH kepada keluarga Allahyarhamah Adik FARISYA ADRINA -- 17 tahun, yang meninggal dunia dan selamat dikebumikan pagi ini. Adik Farisya meninggal kerana sakit jantung. Mereka tinggal dalam kawasan rumah kami, di Subang Jaya ini. Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan Allah s.w.t bersama orang-orang yang beriman.
.
Ini semua ketentuan Allah s.w.t, ajal maut tidak mengira usia. Bagi kita yang masih hidup ini, elok juga kita semua beringat, kita ini pun bukannya menongkat langit. Kalau ikut para Tok Guru dan Ustaz, adalah disyorkan semua orang masing-masing sediakan kain kafannya sendiri, kapas secukupnya dan minyak atar di rumah, letak siap-siap di almari. Selain mampu memberi ingatan kepada kita, ianya memudahkan kaum keluarga dalam menghadapi saat yang tidak terduga ini.
Saya suka petik artikel dari blog Datuk Harimau berkenaan ini.
2 comments:
Takziah & Al-Fatihah.
Muda lagi. Allah lebih menyayanginya
Ya, bersama-samalah hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah.
Post a Comment